Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Tetra Pak sasar potensi pertumbuhan kukuh selain sektor tenusu di Malaysia
  • BISNES

Tetra Pak sasar potensi pertumbuhan kukuh selain sektor tenusu di Malaysia

Utusan Sarawak 19 hours ago

HO CHI MINH:  Tetra Pak, syarikat penyelesaian pembungkusan dan pemprosesan makanan multinasional Sweden-Switzerland melihat potensi pertumbuhan yang kukuh selain sektor tenusu di Malaysia dan Asia Pasifik.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Adolfo Orive berkata permintaan pelanggan yang semakin meningkat bagi pelbagai minuman termasuk yang berasaskan tumbuhan, jus buah-buahan, kopi, teh, minuman yang diperkayakan dengan protein, oat dan minuman tenaga, mencerminkan trend peralihan pasaran minuman tempatan dan serantau.

Beliau berkata di seluruh dunia, permintaan terhadap protein semakin meningkat dan Malaysia tidak terkecuali.

Asia Pasifik juga, katanya merupakan sumber utama bagi kategori minuman baharu tersebut.

“Peranan kami adalah untuk menyokong penawaran pelbagai produk yang disesuaikan mengikut keperluan umur, gaya hidup dan corak penggunaan berbeza.

“Ini kerana kami komited dalam menjadikan makanan selamat dan boleh diakses di mana-mana, sesuatu yang telah kami lakukan sejak lebih 75 tahun lepas,” katanya kepada Bernama.

Selain itu, Orive turut menekankan kepentingan pembungkusan mampan yang memberi impak positif kepada alam sekitar. Ketika ini, kira-kira 70 peratus bahan pembungkusan Tetra Pak datang daripada sumber boleh diperbaharui, sekali gus membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida.

“Kami percaya pembungkusan kami telah menjadi pilihan yang kukuh dari segi kemampanan, dan ini akan diteruskan pada masa akan datang.

“Matlamat kami adalah untuk terus melabur dalam inovasi demi menjadikan pembungkusan kami lebih mampan kepada masyarakat secara keseluruhannya,” katanya.

Tetra Pak telah melabur kira-kira 500 juta euro dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini, sekali gus membuktikan komitmen terhadap inovasi, kemampanan, serta memenuhi keperluan industri makanan dan minuman global yang semakin berkembang.

Pada 3 Julai, Tetra Pak mengumumkan pengembangan kemudahan di Binh Duong dengan pelancaran Fasa 2 kilang itu, melibatkan pelaburan tambahan berjumlah 97 juta euro.

Kapasiti pengeluaran di fasiliti Binh Duong kini mencecah 30 bilion pek setahun.

Sebagai hab pengeluaran serantau, fasiliti Binh Duong membekalkan penyelesaian pembungkusan kepada Vietnam serta beberapa pasaran utama Asia Pasifik termasuk Thailand, Malaysia, Indonesia, Singapura, Filipina, Australia dan New Zealand.

Sementara itu, Pengarah Urusan Tetra Pak Malaysia, Singapura, Filipina dan Indonesia, Michael Wu berkata Malaysia dilihat sebagai pasaran yang stabil dan meyakinkan.

“Kami melihat Malaysia sebagai asas yang kukuh, dan setiap tahun kami menyasarkan pertumbuhan nilai sekitar dua hingga tiga peratus bagi mengatasi inflasi.

“Pada masa sama, kami juga melihat potensi besar untuk mendorong lebih banyak inovasi di sini,” katanya.

Wu berkata kebanyakan produk yang dilancarkan di Malaysia telah berada dalam pasaran selama bertahun-tahun, dan sudah tiba masanya untuk menawarkan sesuatu yang baharu, terutamanya untuk segmen pengguna muda dan lebih pelbagai.

“Malaysia unik dengan kepelbagaian kaumnya, Melayu, Cina, India dan lain-lain serta jumlah pelancong atau penduduk asing yang semakin meningkat.

“Kepelbagaian ini membuka peluang besar untuk inovasi,” katanya.

Sebelum pengembangan, fasiliti Binh Duong hanya membekalkan 60 peratus bahan pembungkusan yang digunakan di Malaysia.

Bagaimanapun, selepas penambahbaikan, lebih 95 peratus bahan pembungkusan untuk pasaran Malaysia kini dihasilkan di fasiliti Binh Duong, kata Wu. — Bernama

Continue Reading

Previous: Saham Kelington melonjak susulan MOU dengan Petronas CCS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.