Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tetap guna pasport masuk Sarawak
  • TEMPATAN

Tetap guna pasport masuk Sarawak

Utusan Sarawak 3 years ago

PENJELASAN… Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali ketika wartawan selepas Program Break Off Samarahan 2022 di Aiman Mall, Kota Samarahan, semalam.

SAMARAHAN: Sarawak tetap  dengan pendiriannya untuk mengenakan penggunaan pasport bagi penduduk Semenanjung yang memasuki negeri ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Undang-Undang, Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan Hubungan Negeri-Persekutuan), Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata, hak imigresen itu terkandung dalam MA63.

“Orang nak soal, biarlah. Tetapi kita tetap dengan pendirian kita supaya perkara ini yang telah dipersetujui masa kita menandatangani MA63 akan tetap kita teruskan dan perjuangkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian ‘Break Off Samarahan’ di perkarangan parkir kereta Aiman Mall Kota Samarahan di sini, semalam.

Beliau mengulas mengenai penggunaan pasport bagi penduduk Semenanjung  memasuki Sabah dan Sarawak seperti dibangkitkan wakil rakyat di Parlimen baru-baru ini dan viral di media sosial.  

Hasidah menjelaskan, penggunaan pasport adalah hak Sarawak seperti termaktub dalam MA63 bagi mempertahankan hak imigresen negeri ini.

“Maksudnya kita tidak mahu hak imigresen Sarawak dipersoalkan kerana ia merupakan perkara yang tidak boleh dirunding di bawah MA63.

Oleh MOHD NEENATUL AIZAL

Continue Reading

Previous: Peruntukan RM30 juta perangi Covid-19
Next: Tiga pelajar cemerlang terima biasiswa Yayasan Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.