Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tetak ibu kerana RM30
  • TEMPATAN

Tetak ibu kerana RM30

Utusan Sarawak 5 years ago

LIMBANG: Seorang lelaki berusia 46 tahun bertindak ganas menetak ibunya yang berusia 72 tahun kerana gagal mendapatkan wang RM30 daripada ibunya.

Tertuduh, Noraini  Sahri, 46 tahun  dari Kampung Mengatai di Limbang  bertindak agresif  terhadap ibu  dan ahli keluarga lain menggunakan parang.

Beliau yang juga seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret Limbang, kelmarin.

Majistret Mohamad Hafizi Abdul Halim mengarahkan hukuman penjara terhadapnya berkuatkuasa pada tarikh tangkapan iaitu 13 April lalu.

Menurut laporan kes, kejadian berlaku pada 10 April jam 3.00 petang di rumah keluarganya di Kampung Mengatai.

Sementara itu, seorang lelaki mengalami kecederaan di bahagian sebelah kanan pinggang dan paha selepas diserang anak lelakinya dengan sebilah pisau selain dipukul menggunakan senduk dalam kejadian di Kampung Tedungan pada petang Khamis.

Dalam kejadian  jam 5.00 petang itu mangsa  berusia 57, yang sedang mengambil bekas untuk menyimpan umbut kelapa di dapur diserang secara tiba-tiba oleh suspek 25, yang seblum itu memasak di dapur.

Ketua Polis Daerah Limbang, Superitendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad dalam satu kenyataan berkata, suspek menyerang ayahnya sendiri dengan sebilah pisau tetapi dielak oleh mangsa selain dipukul dengan sebatang senduk.

Suspek turut mengugut hendak membunuh mangsa.

Akibat kejadian itu, mangsa  mengalami  luka di bahagian pinggang dan paha sebelah kanan. Hasil siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana berasa  rimas dengan kehadiran mangsa di dapur semasa suspek sedang masak.

Continue Reading

Previous: Kawal kebanjiran berurusan di BSN
Next: Farmasi dikompaun RM1,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.