
ISTANBUL: Gergasi kenderaan elektrik (EV) Amerika Syarikat (AS) Tesla memanggil semula kira-kira 13,000 kenderaan Model 3 dan Model Y 2026 kerana masalah pada komponen pek bateri, umum Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan Amerika Syarikat (NHTSA) pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi.
“Tesla, Inc. (Tesla) memanggil semula kenderaan Model 3 2025 dan Model Y 2026 tertentu. Penyentuh pek bateri mungkin gagal berfungsi, menyebabkan kehilangan kuasa pemanduan,” menurut NHTSA dalam satu kenyataan.
NHTSA memberi amaran bahawa kegagalan penyentuh pek bateri dan kehilangan kuasa yang berpunca daripadanya boleh meningkatkan risiko kemalangan.
Menurut kenyataan itu, hampir 13,000 kenderaan berpotensi terjejas akibat panggilan semula itu.
Ia menambah bahawa Tesla akan menggantikan penyentuh itu secara percuma dan surat pemberitahuan dijangka dihantar kepada pemilik kenderaan pada 9 Disember.- Bernama-Anadolu