Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tesla mula tawar perkhidmatan teksi tanpa pemandu
  • GLOBAL

Tesla mula tawar perkhidmatan teksi tanpa pemandu

Utusan Sarawak 7 hours ago

Teksi robot atau robotaxi Tesla dilihat di Austin, Texas, pada 22 Jun 2025.

WASHINGTON: Tesla mula menawarkan perkhidmatan teksi robot atau robotaxi di bandar Austin, Texas, Amerika Syarikat (AS), pada Ahad.

Robotaxi, juga dikenali sebagai teksi pandu sendiri atau teksi tanpa pemandu, ialah kenderaan autonomi (AV) yang beroperasi sebagai perkhidmatan pengangkutan tanpa memerlukan pemandu manusia.

Musk dilihat menumpukan semula usaha perniagaannya berikutan perbalahan dengan Presiden Donald Trump.

Teksi robot Tesla itu akan menggunakan kenderaan utiliti sukan Model Y dan bukannya Cybercab, seperti diuar-uarkan oleh Tesla sebelum ini.

Salah seorang pengguna pertama robotaxi adalah peminat Tesla, Herbert Ong, yang berkongsi secara langsung perjalanannya pada Ahad lalu.

Dia menaiki kenderaan merah dengan disertai seorang individu lain di tempat duduk penumpang untuk memantau perjalanan bagi keselamatan operasi.

Pelancaran di ibu negara Texas itu dibuat di tengah-tengah persoalan bagaimana Tesla akan cuba mengatasi kritikan terhadap aktiviti Musk untuk Trump.

Tesla menyaksikan keuntungan menjunam 71 peratus pada suku pertama berikutan jualan yang lemah di beberapa pasaran.

Pemilihan Austin untuk pengenalan perkhidmatan kenderaan autonomi (AV) mengambil kira negeri AS yang terkenal dengan peraturan yang mesra perniagaan.

“Undang-undang Texas membenarkan ujian dan operasi AV di jalan raya Texas selagi ia memenuhi keperluan keselamatan dan insurans yang sama seperti setiap kenderaan lain di jalan raya,” kata Jabatan Pengangkutan Texas kepada AFP. – AFP

Continue Reading

Previous: Kapal persiar mewah Bayesian dinaikkan dari laut Mediterranean
Next: Indonesia siasat ancaman bom terhadap dua penerbangan haji Saudi Airlines

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.