KUCHING: Socoe Sdn Bhd pada tahun ini meneruskan lagi tradisi tahunannya dengan menyumbang 20 lagi kerusi roda.
Sebanyak 20 unit kerusi roda itu diserahkan kepada Skuad Prihatin Saribas untuk membantu kumpulan sasar.
Kerusi roda yang diterima juga disumbangkan kepada pihak hospital dan klinik di kawasan Betong dan Debak.
Timbalan Menteri Pembangunan Kesejahteraan Komuniti Mohamad Razi Sitam berkata, sumbangan itu akan diberikan kepada golongan sasar iaitu warga emas yang ada masalah kesihatan, orang kelaianan upaya (OKU) dan pesakit yang mengalami masalah pergerakan.
“Bantuan kerusi roda bagi memudahkan pesakit untuk bergerak, sama ada di rumah mahupun ketika hendak ke hospital.
“Selain bantuan kerusi roda, skuad juga membantu dari aspek keperluan asas seperti makanan. Pada kebiasaannya, kita akan memberikan bakul makanan,” katanya.
Razi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas berkata, syarikat tersebut juga antara penyumbang 10 unit kerusi roda kepada pihaknya pada tahun lepas untuk tujuan kebajikan.
Beliau berkata demikian pada majlis sumbangan kerusi roda daripada SOCOE Sdn Bhd di Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.
Turut hadir, Ketua Pegawai Eksekutif Socoe Sdn. Bhd. JW Sam.
Oleh Mohd Neenatul Aizal