Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Terus pelihara warisan budaya masyarakat Dayak
  • WILAYAH

Terus pelihara warisan budaya masyarakat Dayak

Utusan Sarawak 9 hours ago
ADUN Lingga, Dayang Noorazah merasmikan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Langgi Kanang, Kampung Paputat Baru dekat sini hari ini. Foto ADUN Lingga

LINGGA: Budaya ‘ngiling tikai’ perlu dikekalkan sebagai adat tradisi masyarakat Dayak yang sangat unik agar ia tidak ditelan arus pembangunan semasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata, budaya seperti ini perlu dikekalkan dari semasa ke semasa dan perlu diadakan setiap tahun sebagai satu simbolik penutupan perayaan Hari Gawai bagi masyarakat Dayak.

“Anak-anak generasi muda masa kini perlu mempelajari dan mewarisi budaya ini dari datuk nenek mereka agar budaya ini tidak hilang begitu sahaja ditelan arus permodenan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Langgi Kanang, Kampung Paputat Baru dekat sini hari ini.

ADUN Lingga, Dayang Noorazah merasmikan Majlis Ngiling Tikai di Rumah Langgi Kanang, Kampung Paputat Baru dekat sini hari ini. Foto ADUN Lingga

Dalam pada itu, Dayang Noorazah turut memuji usaha penduduk Rumah Langgi Kanang, Kampung Paputat Baru kerana terus memelihara budaya seperti ini.

“Saya juga berharap Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) atau rumah panjang yang lain juga mengadakan majlis seperti ini sebagai usaha mengekalkan budaya dan adat resam kita,” tambahnya.

Majlis turut diserikan dengan perasmian Jalan Kampung Paputat Baru sebagai satu lagi usaha memperkukuh kemudahan infrastruktur luar bandar demi kesejahteraan penduduk sekitar. 

Dayang Noorazah turut  memperuntukkan projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2026 berjumlah RM80,000 bagi menaik taraf jalan lorong rumah kampung tersebut agar siap sepenuhnya.

Beliau merakamkan penghargaan kepada seluruh komuniti JKKK Kampung Paputat Baru atas kerjasama padu dalam menjayakan majlis ini serta sokongan berterusan terhadap agenda pembangunan di kawasan DUN Lingga.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Geran berjumlah RM390,200 diagih kepada 37 pertubuhan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.