Pandemik Covid-19 yang menyerang seluruh dunia termasuk Malaysia memberi cabaran getir buat warga pendidik untuk melangsungkan tanggungjawab mereka mendidik anak bangsa.
Mengenali seorang guru, Annette Alicia Guillan, 32, meluahkan rasa terujanya untuk kembali ke sekolah, SMK Bandar Samariang bagi mengajar para pelajarnya secara bersemuka seperti sebelum serangan Covid-19 sebelum ini.
“Kembali ke sekolah adalah perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama tiga bulan melakukan kelas ‘online’, ada cabaran tersendiri. Antaranya, tidak dapat berinteraksi dengan pelajar. Ada di antara pelajar yang tidak memiliki telefon pintar atau laptop seperti pelajar Tingkatan 1 mereka terpaksa berkongsi telefon dengan ibu bapa. Ada masanya ibu bapa tidak mempunyai data internet yang mencukupi untuk anak-anak menyertai kelas secara ‘online,” katanya situasi itu memberi kerisauan kepadanya khuatir pelajar akan ketinggalan.
Namun, guru matapelajaran Sejarah itu mengakui waima berdepan dengan pelbagai karenah pelajar untuk mengajar melalui apa jua aplikasi (seperti WhatsApp, Telegram, Google Classroom dan sebagai ya) dalam situasi mereka yang berbeza ketika tidak berada di sekolah malahan tepaksa berinteraksi dalam talian, jika mematuhi standard operasi prosedur (SOP) segalanya berjalan lancar.
Sehingga kini, Annette mengakui selepas sistem persekolahan ‘direhatkan’ selama tiga bulan, ia dibuka semula berpandukan SOP yang dikuatkuasakan oleh kerajaan telah memberi impak ‘norma baharu’ kepada semua pihak.
“Saya tidak menganggap SOP yang dilaksanakan oleh kerajaan sebagai beban kerana memahami bahawa SOP berkenaan adalah inisiatif kita semua memberi kerjasama bagi Memutuskan rangkaian Covid-19 selama ini,” ujarnya kehadiran pandemik adalah perkara yang diluar jangka oleh itu kerjasama semua pihak berupya mematahkannya.
Sementara itu menganggap tempoh sekolah dihentikan selama 3 bulan adalah tempoh yang terlalu lama, guru Muzik, Martha anak Tom,44, menegaskan semua guru kini harus proaktif memikul peranan sebagai guru disiplin di bilik darjah masing-masing berikutan selain mengajar mata pelajarannya mereka harys sentiasa mengingatkan dan memberi kesedaran tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan diri dan kesihatan.
Pada masa yang sama, Martha mengakui cabaran sebagai pendidik dalam norma baharu tidak terasa sangat memandangkan sebanyak 80 peratus pelajar kelihatan sudah bersedia dan faham tujuan sekolah dibuka semula terutamanya untuj pelajar Tingkatan 5 yang akan menghadapi peperiksaan tetapi sejumlah 20 peratus pelajar pula masih ‘hanyut’ kerana cuti yang terlalu lama.
Berharap kepada kerjasama dari ibu bapa juga, Annette dan Martha memohon masing-masing anak mereka dibekalkan pelitup muka dan ‘hand sanitizer’ dari rumah serta sentiasa mengingatkan mereka untuk menjaga penjarakkan sosial dan kerap mencuci tangan.
“Jangan risau dengan keadaan di sekolah, kami guru-guru akan kawal situasi dalam kelas mahupun luar kelas dengan baik,” luah Annette sambil meminta para ibu bapa juga menyediakan makanan dan minuman anak-anak dari rumah demi mengekalkan kebersihan.
Bagi guru Tabika Kemas Long Sebangang, Angela Edward Clifford Langub,32, Kembali beraksi di dalam bilik darjah adalah paling dirinduinya.
Namun berbeza kali ini, sejak kebenaran pelajar Tadika atau Tabika serta pra sekolah minggu lalu, kelas Angela hanya dihadiri oleh seorang pelajar sahaja berikutan masih ramai ibu bapa di kawasan berkenaan takut untuk membenarkan anak mereka keluar dari rumah.
Mengakui sistem pembelajaran dalam talian yang berlangsung sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak mencapai objektif pembelajaran, Angela mendedahkan tidak semu ibu bapa memberi respon positif.
“Hanya segelintir yang bekerjasama namun selebihnya hanya menjadi penonton group WhatsApp tabika,” ujarnya sambil percaya golongan ibu bapa berkenaan pasti memiliki alasan tersendiri dan tidak mensengajakan membiar anak-anak terlepas sesi pembelajaran.
Setelah selesa ‘bercuti’ selama 3 bulan dan saranan untuk mengejar silibus yang tertinggal, Angela memohon pihak kerajaan mengkaji semula takwim persekolahan yang baharu bagi paraboelajar yang tidak mengambil peperiksaan penting pada tahun ini.
Sementara Annette mencadangkan sekolah dibuka secara berperingkat untuk Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4; bukannya secara sekaligus.
“Sekarang baharu 2 minggu Tingkatan 5 mulai hadir. Sepatutnya bagi masa untuk para guru menyesuaikan keadaan. Ini kerana jika bilangan pelajar dalam sekolah itu sedikit, ia tidak mendatangkan masalah namun sekiranya pelajar melebihi 2,000 orang ia adalah sangat mencabar,” jelasnya.
Dalam pada itu, para pendidik juga berharap kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia mengarahkan pihak sekolah untuk mengadakan lebih banyak program kesedaran mengenai kepentingan SOP dan menjaga kebersihan agar generasi muda lebih peka bahayanya jangkitan virus atau penyakit berjangkit seperti pandemik Covid-19.
Oleh Diyana Samsuddin