Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • JENAYAH
  • Tertipu iklan Facebook, lelaki kehilangan RM900,000
  • JENAYAH

Tertipu iklan Facebook, lelaki kehilangan RM900,000

Utusan Sarawak 3 days ago
GAMBAR hiasan.

KUCHING: Seorang lelaki tempatan berusia lingkungan 50-an yang bekerja di sektor swasta di Miri kerugian sebanyak RM900,000 selepas menjadi mangsa penipuan pelaburan dalam talian melibatkan perniagaan tidak wujud.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata, berkata mangsa pada awalnya menemui sebuah laman Facebook sekitar pertengahan Mac 2025, sebelum dihubungi oleh individu tidak dikenali yang menawarkan bantuan untuk menubuhkan perniagaan.

“Suspek kemudian berkomunikasi dengan mangsa melalui aplikasi WhatsApp dan menawarkan peluang pelaburan yang kononnya sah,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mangsa yang terpedaya dengan tawaran tersebut, jelasnya, telah membuat beberapa pembayaran secara berperingkat ke dalam akaun bank yang diberikan suspek, berjumlah keseluruhan RM900,000.

Mangsa hanya menyedari dirinya ditipu, ujarnya lagi, apabila suspek terus menuntut bayaran tambahan dan tiada sebarang pulangan seperti yang dijanjikan diterima.

Mancha menasihatkan orang ramai agar lebih berhati-hati dengan tawaran pelaburan di media sosial.

“Jangan mudah terpedaya dengan tawaran pelaburan yang disebarkan melalui platform dalam talian. Semak dan sahkan kesahihan sebarang pelaburan menerusi saluran rasmi,” tegasnya.

Mancha turut mengingatkan orang ramai untuk menyemak latar belakang syarikat atau laman web melalui portal rasmi Bank Negara Malaysia di www.bnm.gov.my atau menghubungi BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465. Semakan juga boleh dibuat menerusi Suruhanjaya Sekuriti di www.sc.com.my atau 03-6204 8999.

Oleh Connie Chieng

Tags: Jenayah

Continue Reading

Previous: Lelaki maut ditembak rakan sendiri ketika berburu di Sri Aman
Next: Pesara jurutera di Sibu rugi RM224,403 terjerat pelaburan tidak wujud  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.