Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Tertekan hilang pekerjaan punca seorang lelaki mati
  • TEMPATAN

Tertekan hilang pekerjaan punca seorang lelaki mati

Utusan Sarawak 2 years ago

Bilik tempat mangsa dijumpai tidak sedarkan diri oleh ahli keluarga.

KUCHING: Tertekan akibat kehilangan pekerjaan dipercayai punca kematian seorang lelaki yang telah menganggur sejak dua tahun lalu di dalam sebuah rumah di Kampung Sungai Maong di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 12.45 pagi tadi, mayat mangsa yang berusia 27 tahun ditemui dalam keadaan lengkap berpakaian di dalam biliknya oleh ahli keluarga sebelum jiran mangsa mewakili keluarga mangsa memaklumkan kejadian kepada pihak polis.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, hasil siasatan mendapati mangsa sebelum ini bekerja dan telah menganggur sejak dua tahun lalu ketika negara di landa pandemik Covid-19.

“Hasil pemeriksaan polis tidak menjumpai sebarang unsur jenayah dalam kes tersebut dan siasatan lanjut sedang diteruskan,” katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Mangsa belum berkahwin merupakan anak keempat daripada lima adik beradik.

Justeru, orang ramai diingatkan agar tidak membuat sebarang komen yang boleh mengganggu siasatan dan mengguris hati keluarga.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

Oleh Connie Chieng

Continue Reading

Previous: Sarawak tuntut ilmu 3D China bina rumah – Abang Jo
Next: Tempahan tiket awal RWMF 2023 mulai esok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.