Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terpulang budi bicara Premier – Rohani
  • TEMPATAN

Terpulang budi bicara Premier – Rohani

Utusan Sarawak 3 years ago

KUCHING: Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim menyerahkan kepada budi bicara Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menentukan kedudukannya pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Saya sebagai Ahli Parlimen P201 memang (saya) akan sentiasa berkhidmat untuk kawasan Batang Lupar,” katanya ketika ditemui pada ‘Program Agihan Bubur Lambuk BERNAS Malaysia di Bazar Aidilfitri Satok di sini, semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan Abang Johari baru-baru ini bahawa terdapat beberapa Ahli Parlimen Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) yang menyampaikan hasrat untuk tidak mempertahankan kerusi mereka pada PRU-15 bagi memberi laluan kepada muka baharu.

Bagaimanapun kata Rohani, beliau tidak tahu menahu desas-desus ada Ahli Parlimen menemui Premier Sarawak untuk menyatakan hasrat berundur.

“Saya tidak pasti siapa yang akan mengundur diri. Berkemunginan ada Ahli Parlimen yang pergi berjumpa Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg untuk menyatakan hasrat tersebut.

“Bagi saya, kita memang sentiasa berkhidmat dan pada masa yang sama kita mengetahui bahawa Abang Johari juga ada perancangan tersendiri,” katanya.

Rohani menjadi Ahli Parlimen sejak 2004 dan pernah menyandang jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Razak.

Kini beliau juga adalah Penasihat di Pejabat Premier Sarawak sejak Mei 2020.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Abang Johari saksikan penyerahan sumbangan kepada SABATI
Next: MEITD anjur Bengkel Pelan Induk 4, 5

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.