Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Terperangkap 10 hari,dua pelombong selamat
  • GLOBAL

Terperangkap 10 hari,dua pelombong selamat

Utusan Sarawak 3 years ago

SELAMAT… Gambar edaran oleh Presidensi Republik Dominica ini menunjukkan Presiden Dominican Luis Abinader bergambar dengan pelombong Colombia, Carlos Yepez selepas diselamatkan dari lombong di Cerro de Maimon, Wilayah Monsenor Nouel, Republik Dominica. • Foto AFP

SANTO DOMINGO: Dua pelombong diselamatkan tanpa mengalami kecederaan selepas 10 hari terperangkap di bawah tanah dalam operasi besar-besaran dengan  sokongan dari Kanada di Republik Dominican pada Selasa,

Pelombong akhirnya ditemui pada pagi Selasa lalu melalui terowong penyelamat yang baharu digali selepas terperangkap di bawah tanah berikutan gelongsor batu, kata Dominican Mining Corporation (CORMIDOM) dalam satu kenyataan.

Mangsa yang selamat itu, Dominican Gregores Mendez dan Colombia Carlos Yepez  terperangkap sejak 31 Julai lalu di lombong tembaga dan zink Cerro de Maimon, sekitar 80 kilometer di utara Santa Domingo.

Lebih 110 perlombongan dan pakar lain mengambil bahagian dalam usaha menyelamat dan sebuah pesawat tentera Kanada tiba pada Ahad lalu dengan 26 tan peralatan penggalian dan teknologi lain untuk membantu operasi itu.

Dalam video yang diedarkan oleh Presiden Dominican pada Selasa lalu, Mendez dan Yepez ditunjukkan berbaring di atas usungan, tersenyum ketika disambut Presiden Luis Abinader walaupun kakitangan perubatan sedang memeriksa kesihatan mereka.

Yepez memberitahu bahawa, keadaan di bawah tanah adalah baik dengan pengudaraan, air dan makanan yang mencukupi.

“Kami tidur dengan selesa, kononnya, jadi membuatkan penginapan kami tidak begitu teruk,” katanya.

Abinader memberitahu, lelaki itu bahawa mangsa sangat gembira mereka kerana dapat kembali dengan selamat. Penyelamat datang ketika usaha diteruskan di Mexico bagi menyelamatkan 10 pekerja yang terperangkap dalam lombong banjir hampir seminggu lalu. -AFP

Continue Reading

Previous: Banjir teruk: Tujuh maut,tujuh lagi hilang
Next: Kebakaran kembali ‘serang’ Perancis

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.