Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Terowong lebuh raya terpanjang dunia selesai dikorek
  • GLOBAL

Terowong lebuh raya terpanjang dunia selesai dikorek

Utusan Sarawak 4 months ago

Terowong Tianshan Shengli - terowong lebuh raya terpanjang di dunia.

URUMQI: Terowong Tianshan Shengli, terowong lebuh raya terpanjang di dunia, selesai ditembusi pada pagi Isnin, membuka jalan kepada pembukaan jalan pintas baharu yang menghubungkan bahagian selatan dan utara Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang China, lapor Xinhua.

Terowong sepanjang 22.13 kilometer itu akan mengurangkan masa yang diperlukan untuk memandu merentasi bahagian tengah Pergunungan Tianshan daripada beberapa jam kepada kira-kira 20 minit sebaik sahaja beroperasi.

Ia merupakan projek utama Lebuh Raya Urumqi-Yuli, yang merentasi dari ibu kota wilayah Urumqi di utara Xinjiang ke Daerah Yuli di selatan Xinjiang. 

Lebuh raya itu dijangka siap sepenuhnya dan dibuka kepada lalu lintas pada 2025. 

Masa memandu antara dua lokasi akan dikurangkan daripada kira-kira tujuh jam kepada lebih tiga jam sahaja.

Qadir Abliz, seorang pemandu trak dari Urumqi yang membuat perjalanan tetap antara utara dan selatan Pergunungan Tianshan, berkata jalan pergunungan yang berliku sering membeku pada musim sejuk dan banyak trak yang membawa arang batu, hasil pertanian dan produk ternakan akan terkandas dalam perjalanan.

“Tidak perlu risau lagi tentang situasi sedemikian apabila terowong dibuka tahun depan,” katanya.

Pembinaan terowong itu bermula pada April 2020 dan telah menghadapi cabaran seperti sejuk yang melampau, altitud tinggi, tekanan tanah yang tinggi, aktiviti seismik yang kuat dan keperluan alam sekitar yang ketat, menurut Mao Jinbo, seorang jurutera projek itu.

Pergunungan Tianshan dikenali sebagai “muzium geologi” yang menampilkan banyak zon sesar, 16 daripadanya dilalui terowong itu. 

Aci pengudaraan No. 2 mencapai kedalaman 706 meter — lebih tinggi daripada bangunan tertinggi China, Menara Shanghai.

Untuk menangani cabaran besar, pembina memecahkan pembinaan kepada segmen yang lebih kecil dan lebih terurus, membolehkan penggalian lebih cepat. Akibatnya, masa pembinaan asal dipendekkan lebih daripada 25 peratus.

Untuk meminimumkan kesan alam sekitar ke atas Glasier Tianshan No. 1 dan habitat harimau salji, kemudahan di tapak telah ditubuhkan untuk membendung air sisa dan menggunakan sepenuhnya kerikil, membantu projek itu memenuhi matlamat utama perlindungan alam sekitar.– BERNAMA-XINHUA

Continue Reading

Previous: Bekas Presiden AS, Jimmy Carter meninggal dunia pada usia 100 tahun
Next: Teori punca nahas Jeju Air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.