Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • Ternakan udang berpotensi tinggi
  • BISNES

Ternakan udang berpotensi tinggi

Utusan Sarawak 4 years ago
TERUSKAN USAHA… Datuk Willie Mongin menyampaikan sijil kursus kepada para peserta.

KUCHING: Seramai 30 peserta dari seluruh kawasan Parlimen Puncak Borneo berjaya menamatkan Kursus Ternakan Udang Kara Air Tawar anjuran ULURN Resources Sdn. Bhd.

Ahli Parlimen Puncak Borneo, Datuk Willie Mongin menyifatkan usaha ini sebagai cabaran peringkat pertama untuk pihak penganjur dan peserta-peserta agar berjaya mencapai matlamat sebagai pengusaha ternakan udang air tawar yang produktif.

“Kita sedia membantu pihak penganjur dan peserta-peserta dalam pelbagai aspek berkaitan bidang ini samada mengadakan kursus seterusnya dan juga inisiatif membantu mereka ke arah pengusaha yang berjaya,”ujarnya.

Bukan itu sahaja, beliau menyatakan bahawa permintaan udang di pasaran sangat baik dan bernilai tinggi. Sehubungan itu, beliau berharap lebih ramai masyarakat khasnya di Puncak Borneo berkecimpung dalam bidang berkenaan.

Willie Mongin yang juga merupakan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi menyempurnakan majlis penutupan dan penyampaian sijil kursus tersebut yang bertempat di Bangunan Universiti Terbuka Malaysia (OUM), baru-baru ini.

Dalam pada itu, beliau juga turut menyampaikan cek bernilai RM20,000 untuk membantu usaha penganjur mengendalikan kursus selama tiga hari itu.

Oleh ‘AINI ‘AFIFAH HAFIZ

Continue Reading

Previous: Program Rintis Rakyatpreneur bantu asnaf, B40
Next: Malaysia akan kembali kukuh

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.