Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • STAIL
  • Ternakan ikan dalam kolam jadi rezeki sampingan
  • STAIL

Ternakan ikan dalam kolam jadi rezeki sampingan

Utusan Sarawak 4 years ago
CEKAL… Awang Drahman menyelenggara ikan-ikan di kolam.

MENTERNAK ikan di dalam kolam bukan satu pekerjaan yang mudah, namun minat yang mendalam mendorong Awang Drahman  Awang Gapar, 55, dari Kampung Narum Marudi

untuk terus cekal di dalam bidang itu yang beliau ceburi sejak 2012 dan kini menikmati hasil yang lumayan.

Berkhidmat sebagai Pembantu Awam di Majlis Daerah Marudi (MDM), beliau  mula berjinak-jinak di dalam bidang ternakan ikan dalam kolam sebagai hobi namun mengusahakan pekerjaan  itu secara serius beberapa tahun selepas itu.

“Saya bermula dengan modal hanya RM10,000 bagi membina lima buah kolam simen berhampiran rumah dan sekarang saya sudah ada 11 buah kolam,”

“Menternak ikan dalam kolam adalah sebagai pekerjaan sampingan untuk menambah pendapatan” kata beliau ketika ditemui di rumahnya.

Jelasnya kesemua kolam yang diusahakannya itu mengandungi pelbagai spesies ikan tawar yang mempunyai pasaran tinggi seperti tilapia, patin dan keli.

Menurutnya beliau kini menternak kira-kira 8.000 ekor ikan tilapia, patin dan keli Thailand untuk pasaran di Marudi.

Ikan keli dan ikan patin boleh dijual selepas enam bulan sementara ikan tilapia boleh dijual selepas 10 bulan dan dijual pada harga RM15 sekilogram bagi ikan keli bersaiz kecil dan RM18 sekilogram yang bersaiz besar.

Ikan tilapia dan ikan patin pula dijual RM20 sekilogram bagi saiz besar dan RM15 bersaiz kecil, katanya.

Menurut Awang Drahman, potensi ikan ini terutama ikan patin dan keli sangat baik kerana ramai penduduk tempatan mulai suka makan ikan ini.

Beliau bersama isteri menjual hasil ikan kolam di pasar tamu pada setiap hari Sabtu dan Ahad,  malah ada pelanggan datang ke rumah untuk membelinya.

Siapa sangka hanya dengan  menternak ikan air tawar Awang Drahman boleh meraih pendapatan sampingan lebih RM400 sebulan.

Katanya untuk mendapatkan benih ikan-ikan tersebut, beliau membeli daripada penternak ikan di bandar Miri dan ada yang diusahakan sendiri.

Setelah bertahun mengusahakan penternakan ikan tawar, pendapatan lumayan yang diperolehi menjadi bukti kejayaan kepada Awang Drahman.

Beliau berterima kasih kepada Jabatan Pertanian yang banyak membantu dan memberi galakan serta nasihat kepada beliau tentang  bagaimana untuk menjadi seorang penternak ikan yang berjaya.

Beliau bertekad untuk mempertingkatkan lagi pasaran ikan ternakan ini dan mensasar untuk menambhkan lagi beberapa buah kolam dalam masa terdekat.

Oleh JIKU JUGUONG

Continue Reading

Previous: Tebingan Batang Lupar bakal berwajah baharu
Next: JaPen anjur IOW di SK Wira Jaya

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.