Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Terminal feri Labuan jadi tumpuan sempena cuti Deepavali
  • NASIONAL

Terminal feri Labuan jadi tumpuan sempena cuti Deepavali

Utusan Sarawak 2 days ago
TERMINAL Feri Labuan jadi tumpuan. Foto BERNAMA

LABUAN: Terminal Feri Ro-Ro Labuan dan Terminal Feri Antarabangsa Labuan dibanjiri penumpang yang mengambil peluang cuti sekolah dan Deepavali untuk berkunjung ke Sabah dan Sarawak sempena cuti Deepavali.

Menurut Labuan Point Enterprise, syarikat pengurusan tiket feri, jumlah penumpang feri meningkat ketara sejak Rabu, menyaksikan tiket ke Menumbok habis dijual. 

“Setiap hari terdapat tujuh perjalanan ulang-alik (termasuk perjalanan tambahan) di antara Labuan dan Menumbok dari 16 hingga 22 Oktober.

“Tiket dari Labuan ke Menumbok habis ditempah dan tempahan baharu boleh didapati pada 23 Oktober,” kata pengurusnya Robert Ling Song Shieng kepada Bernama hari ini.

Kebanyakan penumpang terdiri rakyat Sabah yang bekerja atau menetap di pulau bebas cukai ini, dan pulang ke kampung halaman masing-masing di Beaufort, Sipitang, Kota Kinabalu serta beberapa kawasan lain di Sabah sempena cuti perayaan. 

Sementara itu, Ling berkata feri terbesar MV Putrajaya 1 mampu memuatkan hingga 85 kenderaan dan 500 penumpang, manakala MV Goodwill Star berkapasiti 85 kenderaan dan 420 penumpang.

MV Kimanis 1 dan MV Joy Star pula masing-masing boleh mengangkut 55 kenderaan dan 220 penumpang.

Beliau berkata pihaknya turut menambah jumlah petugas dan waktu operasi bagi memastikan kelancaran aliran penumpang dan kenderaan. 

Menurut LDA Labuan (Holdings) Sdn Bhd, syarikat pengurusan Terminal Feri Antarabangsa Labuan, sekurang-kurangnya 40 perjalanan (Labuan-Menumbok) beroperasi setiap hari bagi menampung peningkatan pergerakan penumpang.

Kebanyakan pengguna lain turut memilih laluan feri antarabangsa ke Lawas dan Limbang di utara Sarawak.

Menurut syarikat itu, jumlah pergerakan feri serta penumpang dijangka berterusan sepanjang hujung minggu ini dan pihak berkuasa tempatan mengingatkan orang ramai supaya merancang perjalanan lebih awal serta mematuhi prosedur keselamatan di terminal.- Bernama

Continue Reading

Previous: Pembayaran FASA 4 STR 2025 diawalkan esok, sebelum perayaan Deepavali – MOF
Next: Jangan lindungi, tutup kes buli di sekolah – PM

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.