Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terkini: Postecoglou dipecat oleh Forest selepas kekalahan kepada Chelsea
  • SUKAN

Terkini: Postecoglou dipecat oleh Forest selepas kekalahan kepada Chelsea

Utusan Sarawak 1 day ago

Reaksi Ange Postecoglou semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Nottingham Forest dan Chelsea. Foto AFP.

LONDON: Pengurus Nottingham Forest, Ange Postecoglou, telah dipecat sebentar tadi selepas hanya lapan perlawanan mengendalikan pasukan — beberapa minit selepas kekalahan 3-0 di laman sendiri kepada Chelsea.

“Kelab Bola Sepak Nottingham Forest mengesahkan bahawa selepas beberapa siri keputusan dan prestasi mengecewakan, Ange Postecoglou telah dilepaskan daripada tugasnya sebagai ketua jurulatih berkuat kuasa serta-merta,” kata kenyataan kelab itu di platform X.

“Kelab tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan lanjut pada masa ini.”

Pemilik Forest, Evangelos Marinakis, dilaporkan meninggalkan tempat duduknya semasa perlawanan di Stadium City Ground, dan pengumuman mengenai masa depan Postecoglou dibuat tidak lama selepas tamat perlawanan.

Nottingham Forest telah memecat pengurus mereka, Ange Postecoglou.Foto AFP

Postecoglou baru sahaja dilantik pada 9 September — beberapa bulan selepas kejayaan menjulang Liga Europa bersama Tottenham — namun tanpa sebarang kemenangan dan enam kekalahan daripada lapan perlawanan pertama, Marinakis mengambil tindakan, dan Forest kini sedang mencari pengurus ketiga mereka musim ini.

Postecoglou sebelum ini bersikap tegas dalam sidang media pra-perlawanan pada Jumaat, dengan berkata bahawa jika beliau diberi masa di sesebuah kelab, “ia akan berakhir dengan saya dan sebuah trofi.”

Bekas pengurus Burnley dan Everton, Sean Dyche, dilaporkan antara calon utama untuk menggantikan Postecoglou. – AFP

Continue Reading

Previous: Postecoglou semakin tertekan, Chelsea tundukkan Forest
Next: Piala FA: Selangor, Kuching City bawa bekalan selesa ke suku akhir kedua

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.