Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Terkini: Perhimpunan aman ‘Keadilan Untuk Zara’ di Limbang Ahad ini, ditangguhkan – Penganjur
  • SEMASA

Terkini: Perhimpunan aman ‘Keadilan Untuk Zara’ di Limbang Ahad ini, ditangguhkan – Penganjur

Utusan Sarawak 20 hours ago
PERHIMPUNAN muafakat gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Limbang untuk perhimpunan aman ‘Keadilan Untuk Zara’ pada Ahad ini ditunda ke tarikh baru yang akan ditetapkan.

LIMBANG: Perhimpunan muafakat gabungan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Limbang untuk perhimpunan aman ‘Keadilan Untuk Zara’ pada Ahad ini ditunda ke tarikh baru yang akan ditetapkan.

Pengerusi program, Mohamad Abu Bakar ketika dihubungi memberitahu perubahan tarikh adalah atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Terdahulu beliau menganggarkan 3,000 peserta bakal membanjiri pekarangan Lot 777 bagi menyatakan solidariti buat Allahyarham Zara Qairina Mahathir, 13.

Beliau yang juga Pengerusi Persatuan Melayu Limbang berkata perhimpunan yang berkonsepkan insaniah atau kemanusiaan untuk menuntut keadilan Allahyarham Zara Qairina terpaksa ditunda ke tarikh lain dan segala perkembangan terkini berhubung perhimpunan berkenaan akan dimaklumkan kepada semua NGO dan penduduk Daerah Limbang.

Kisah pilu Allahyarham Zara bukan saja bersifat setempat malah mencuri perhatian masyarakat antarabangsa termasuk di Brunei, Thailand, Indonesia, Filipina, Korea Selatan, China, Jepun, Kemboja, Myanmar dan Laos, malah sejauh United Kingdom (UK) dan Amerika Syarikat (AS).

Masyarakat di Limbang dan Lawas turut bersolidariti bagi menunjukkan sokongan padu kepada arwah Zara Qairina untuk menegakkan keadilan dan kebenaran.

Perhimpunan sama di Daerah Lawas yang dijadualkan berlangsung pada 24 Ogos ini turut ditunda ke tarikh dan lokasi yang sesuai berdasarkan arahan pihak berkuasa.

“Kita perlu akur dengan undang-undang dan memahami perubahan ini disebabkan atas faktor keselamatan semua masyarakat,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan perhimpunan ini tidak melibatkan mana-mana parti politik dan isu politik.

Perjuangan sebenar adalah untuk menuntut keadilan bagi arwah Zara Qairina Mahadir, 13.

Oleh Adeng Edrus

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Premier Sarawak bakal rasmi Persidangan Rabies Borneo 2025
Next: KDN siasat Sarawak Tribune berhubung penerbitan artikel

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.