Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Terkini – Isu Zara Qairina: Pengetua, PK HEM, semua warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah – KPM
  • NASIONAL

Terkini – Isu Zara Qairina: Pengetua, PK HEM, semua warden SMKA Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di JPN Sabah – KPM

Utusan Sarawak 22 hours ago

PUTRAJAYA:  Pengetua, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid serta semua warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah hingga siasatan pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) selesai.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan keputusan itu diambil susulan pengumuman PDRM bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih siasatan kes Allahyarham Zara Qairina Mahathir.

“KPM akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas,” menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Menurut KPM kes berkenaan kini menjadi keutamaan pihaknya.

“KPM berharap siasatan telus dan sepenuhnya dapat dilaksanakan demi keadilan buat keluarga serta semua pihak terlibat,” menurut kenyataan itu. — Bernama

Continue Reading

Previous: Amaran ribut petir di lapan negeri hingga 1 pagi ini – MetMalaysia
Next: Bayar hutang pendidikan adalah tanggungjawab, bukan pilihan – Pendakwah selebriti

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.