Cuti umum yang diisytiharkan pada 18 November ini dilanjutkan hingga 19 November 2022 bagi memudahkan warga pengundi di negeri ini menjalankan tanggungjawab demokrasi dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).
Perkara ini dimaklumkan Pejabat Premier Sarawak dalam satu kenyataan petang ini.
Terdahulu Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengisytiharkan 18 November ini sebagai cuti umum bagi memberi laluan kepada rakyat negeri ini menunaikan proses demokrasi dalam satu sidang media di Tanjung Manis.
Ini bermakna, cuti umum dua hari pada Jumaat 18 November dan Sabtu, 19 November iaitu hari mengundi.