
HONG KONG, China: Jumlah korban akibat kebakaran besar yang melanda sebuah kawasan perumahan di sini meningkat kepada 55 orang, menurut Jabatan Bomba bandar itu pada petang ini.
Dalam sidang media, pegawai bomba memaklumkan bahawa seramai 51 mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala empat lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.
Menurut pihak berkuasa, kebakaran yang berlaku di empat daripada lapan blok pangsapuri di kawasan berkenaan telah berjaya dipadamkan sepenuhnya. Tiga lagi kebakaran dilaporkan berada dalam kawalan, manakala sebuah bangunan tidak terjejas.
Tragedi ini disifatkan sebagai antara insiden kebakaran paling buruk pernah berlaku di Hong Kong, dengan operasi menyelamat dan siasatan lanjut masih diteruskan oleh pihak berkuasa. -AFP