Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Terkini: ADUN Tamin, Gira menang jawatan Ketua Pemuda PRS
  • SEMASA

Terkini: ADUN Tamin, Gira menang jawatan Ketua Pemuda PRS

Utusan Sarawak 3 hours ago

Christopher Gira Sambang

KUCHING: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tamin, Christopher Gira Sambang menang jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebentar tadi.

Beliau yang meraih 52 undi menewaskan ADUN Murum, Kennedy Chukpai Ugon yang memperoleh 33 undi dalam pemilihan yang diadakan pada Persidangan Tiga Tahun Sekali Ke-6 parti itu, di sini hari ini.

Jawatan Ketua Pemuda kosong setelah Datuk Snowdan Lawan yang juga Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, meninggalkannya selepas menerajui sayap itu sejak sembilan tahun lalu.

Pada mulanya, Snowdan mengintai jawatan Timbalan Presiden tetapi kemudian menarik diri, sekali gus membuka jalan kepada Timbalan Menteri Pembangunan Pelabuhan dan Infrastruktur, Dato Majang Renggi mengekalkan jawatan nombor dua dalam parti itu.

Gira adalah seorang jurutera yang sebelum ini adalah Ahli Majlis Tertinggi PRS dan pernah menyandang jawatan Timbalan Ketua Penerangan parti.

Seramai 15 calon bersaing untuk 10 jawatan Exco.

Berikut senarai Majlis Tertinggi Pemuda PRS bagi tempoh 2025 – 2028.

Ketua Pemuda : YB Christopher Gira Sambang.

Timbalan Ketua Pemuda – Surai Anthony Abell (menang tanpa tanding)

Naib Ketua

1. Andy Sout (menang tanpa tanding)

2. Franklin Kesong (menang tanpa tanding)

EXCO :

1. Roger Gingkoi: 78 undi

2. ⁠Dr Jawing Chunggat: 77 undi

3. ⁠Omar Masam: 72 undi

4. ⁠James Jimbun: 71 undi

5. ⁠Herman Tohet: 71 undi

6. ⁠Nyireng Saleh: 54 undi

7. ⁠Edwin Joel: 53 undi

8. ⁠Cr Stenny Wilis: 51 undi

9. ⁠Dr Gavin Man Gima: 51 undi

10. ⁠Herry Changgan: 50 undi

Continue Reading

Previous: Star Karnival Cuti-Cuti Malaysia 2025 semarak pelancongan domestik di Sarawak
Next: Doris Sophia terus diberi amanah terajui Wanita PRS

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.