Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Terjemahan kunci perkukuh warisan linguistik, budaya Sarawak
  • TEMPATAN

Terjemahan kunci perkukuh warisan linguistik, budaya Sarawak

Utusan Sarawak 1 day ago
Datuk Mohammad Razi Sitam menyampaikan ucapan Premier Sarawak pada Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-20.

KUCHING: Terjemahan memainkan peranan penting dalam memelihara warisan linguistik dan budaya negeri, khususnya di Sarawak yang didiami lebih 30 kumpulan etnik dengan bahasa serta dialek tersendiri.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kepelbagaian linguistik itu merupakan khazanah budaya negeri yang bukan sahaja mencerminkan identiti masyarakat.

“Ini juga mampu mengangkat Sarawak ke peringkat antarabangsa sekiranya diperkukuh melalui terjemahan.

Gimik perasmian Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-20.

“Terjemahan bukan hanya soal menyampaikan mesej. Ia adalah jambatan ilmu, jambatan budaya, dan pemacu utama pembangunan negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang disampaikan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak Awal dan Kesejahteraan Komuniti, Datuk Mohammad Razi Sitam pada Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-20 di sini, hari ini.

Rakaman gambar kenangan bersama pihak yang terlibat dengan Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-20.

Tambah beliau, penterjemahan berkualiti turut membuka ruang kerjasama lebih luas dengan pelabur asing, di samping meningkatkan akses kepada bahan ilmiah dan latihan profesional bertaraf global.

“Peranan terjemahan juga berkait rapat dengan aspirasi Sarawak dalam memperkukuh sektor penerbangan serantau, khususnya dengan wujudnya syarikat AirBorneo yang akan menghubungkan negeri itu ke destinasi antarabangsa seperti Singapura, Kuala Lumpur, Jakarta dan Hong Kong.

“Apabila penumpang daripada pelbagai latar belakang linguistik datang ke Sarawak, terjemahan akan menjadi kunci menggalakkan diplomasi budaya serta persefahaman,” jelasnya.

Dalam ucapannya, beliau turut menghargai peranan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) bersama Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM) yang berganding bahu menjayakan penganjuran persidangan tersebut.

Persidangan dwitahunan itu menghimpunkan ahli akademik, penterjemah, penyelidik dan penggiat bahasa dari seluruh dunia untuk bertukar pandangan serta memperkukuh bidang terjemahan sebagai disiplin yang strategik.

Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Harga meningkat, tanaman koko mampu jana pulangan lumayan
Next: Zero-bullying incentives will breed cover-ups, not safer schools

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.