Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KESIHATAN
  • ‘Terima Kasih Orang Baik’, kos pembedahan RM185,000 cukup dikumpul
  • KESIHATAN

‘Terima Kasih Orang Baik’, kos pembedahan RM185,000 cukup dikumpul

Utusan Sarawak 10 hours ago
MUHAMMAD Fayyadh Hadif Masli yang berusia empat tahun dua bulan menghidapi penyakit ‘Biliary Atresia’ iaitu kegagalan fungsi hati yang kronik. -Foto: Masli Hj Bojeng
 

KUCHING: ‘Terima Kasih Orang Baik’, begitulah luahan seorang ayah yang bersujud syukur apabila mengetahui jumlah kutipan yang diperlukan sebanyak RM185,000 untuk kos pembedahan telah mencukupi, semalam.

Masli Bojeng iaitu ayah kepada seorang kanak-kanak Muhammad Fayyadh Hadif Masli yang berusia empat tahun sebelum ini merayu kepada orang ramai apabila mereka memerlukan perbelanjaan sebanyak RM86,392.44 untuk menampung kos pembedahan pemindahan hati anak kesayangannya itu serta rawatan di Hospital Renji, Shanghai, China pada bulan ini.

“Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana rayuan sumbangan pembedahan pemindahan hati adik Fayyadh telah pun mencapai sasaran selepas dilancarkan pada 21 April lalu dengan jumlah disasarkan iaitu RM185,000.

“Kami bersama Pertubuhan Biliary Atresia SeMalaysia (BAMA) serta keluarga adik Fayyadh ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan sumbangan, tag serta berkongsi di semua laman sosial, serta tak lupa yang tidak putus-putus mendoakan anak kecil ini. Hanya Allah SWT yang mampu membalas kebaikan dan ketulusan hati kalian.

“Untuk pengetahuan semua, urusan dokumentasi dan ‘Ethical Approval’ dari Kerajaan China telahpun diluluskan yang diurus sepenuhnya oleh BAMA. InsyAllah jika semua urusan dan proses berjalan lancar, kami menjangkakan adik Fayyadh akan ke China pada 23 Mei nanti,” katanya ketika dihubungi Utusan Sarawak hari ini.

Masli berkata beliau dengan rendah hati ingin memohon agar masyarakat di luar sana akan terus mendoakan agar anak kesayangannya itu terus kuat serta diberikan kesembuhan setelah pembedahan kelak.

Utusan Sarawak pada 2 Mei lalu telah memaparkan kisah seorang kanak-kanak Muhammad Fayyadh Hadif Masli yang berusia empat tahun dua bulan hanya memerlukan perbelanjaan sebanyak RM86,392.44 untuk menampung kos pembedahan pemindahan hati serta rawatan di Hospital Renji, Shanghai, China.

Menurut ayah kanak-kanak berkenaan, Masli Bojeng berkata jumlah kutipan dana pada ketika itu telah mencecah RM98,607.56 dan anggaran kos keseluruhan pembedahan pemindahan hati serta rawatan anak kesayangannya itu berjumlah RM185,000.

“Anak saya menghidapi penyakit ‘Biliary Atresia’ iaitu kegagalan fungsi hati yang kronik memerlukan pemindahan hati untuk kali yang kedua. Penyakit anak saya mula dikesan sewaktu usianya dua bulan dan telah menjalani pembedahan ‘Kasai’ di Hospital Umum Sarawak (HUS), Kuching pada usianya empat bulan.

“Rawatan susulan seterusnya di HUS sehinggalah dirujuk ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur untuk cadangan pemindahan hati dan juga pemeriksaan kesihatan ke atas saya sendiri dan isteri untuk menentukan kesesuaian sebagai penderma,” katanya.

Masli dari Kampung Jaie, Sadong Jaya berkata mereka telah berada di Hospital Tunku Azizah, Kuala Lumpur dari Januari 2022 hingga April 2022 untuk pemeriksaan lanjut dan dan temu janji seterusnya pada bulan Mei 2022 dan berada disana selama sebulan.

“Pemeriksaan lanjut diteruskan lagi ke Unit Pediatrik HUS, sehinggalah dimasukkan ke wad Pembedahan Pediatrik 4A pada Ogos 2022 dan di wad Perubatan Pediatrik Medical 2B dan dirujuk semula ke Hospital Tunku Azizah Kuala Lumpur. Sepatutnya mereka ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 17 Oktober 2022 namun tertunda sehingga pada 15 November 2022 disebabkan keadaan yang belum setabil untuk ke sana.

“Anak saya telah menjalani pembedahan pertama pemindahan hati pada Mac 2023 yang didermakan oleh isteri saya iaitu Hanifah Salam. Pembedahan kedua pada 7 April 2023 adalah disebabkan oleh kerana kuning terlalu tinggi (bacaan 900 ke atas) dengan membuka semula jahitan untuk mencuci darah beku dalam perut,” katanya.

Lanjut Masli lagi, pembedahan ketiga pada 19 April 2023 dilakukan untuk memasukkan tiub di saluran hempedu yang sempit dan bengkak. 

“Pembedahan keempat pada 14 Jun 2023 dilakukan oleh kerana saluran hempedu sempit dan membengkak untuk dibuat semula. Pembedahan kelima pada Disember 2024 dilakukan untuk memperbetulkan saluran darah namun tidak berjaya sehinggalah kami diberitahu pada Disember tahun lepas (2024) yang saluran darahnya telah tersumbat teruk dan hanya pemindahan hati sekali lagi perlu dilakukan namun ia perlu dilakukan di luar negara memandangkan tiada kepakaran di Malaysia buat masa ini,” ujarnya.

“Oleh itu, saya ayah kepada Muhammad Fayyadh Masli yang juga pada kali ini akan menjadi penderma hati kepada anak saya ingin memohon sumbangan bagi membantu meringankan beban kami dalam menjalani rawatan anak saya semasa dan selepas pembedahan hati nanti. 

“Untuk makluman anak saya dimasukkan semula di PPUM pada 19 Mac lalu untuk dimasukkan ubat ‘TPN’ sebelum kami berangkat ke Hospital Renji, Shanghai, China pada bulan ini.

“Jangkaan kami tinggal di Renji Hospital, Shanghai di China nanti adalah selama sebulan. sepanjang tempoh menunggu itu nanti kami terpaksa menyewa dan tinggal di Rumah Ronald Mcdonald Hospital Tuanku Azizah Kuala Lumpur,” katanya.

Masli berkata anaknya itu telah mengalami komplikasi serius dimana hati baharu yang diterima pada ketika itu kembali mengalami kerosakan. Baru-baru ini katanya Fayyadh telah dimasukkan ke PICU selama dua minggu kerana serangan virus pada hati.

“Jika perkara ini dibiarkan terlalu lama, kami sebagai ibu bapa sangat tidak kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan buruk dikemudian hari. 

“Hasil perbincangan bersama pihak hospital di Malaysia dan China, hanya pemindahan hati kali kedua di Hospital Renji Shanghai China sahaja satu-satunya peluang untuk Fayyadh kembali sihat. Dimana, saya sebagai ayah akan menjadi penderma hati hidup buat anak kesayangan kami,” ujarnya.

Oleh Adi Safarman

Tags: Kesihatan

Continue Reading

Previous: Papar Harga Ubat: KKM pertimbang cadangan MMA guna pakai Akta 586

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.