Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Terima kad krismas daripada sahabat pena selama 76 tahun
  • GLOBAL

Terima kad krismas daripada sahabat pena selama 76 tahun

Utusan Sarawak 5 months ago

Sylvia Perkins, 88, masih menerima kad Krismas setiap tahun daripada sahabat penanya dari Jerman selama 76 tahun.

LONDON: Seorang wanita warga emas di London masih menerima kad Krismas setiap tahun daripada sahabat penanya dari Jerman selama 76 tahun, lapor agensi berita Jerman (dpa).

Sylvia Perkins, 88, dari Bermondsey, tenggara London, mula menulis surat kepada Lisa Kull di Jerman pada 1948 semasa dia berusia 12 tahun selepas dia terlibat dalam program pertukaran sekolah selepas Perang Dunia Kedua.

Perkins yang ketika itu menuntut di Monnow Road Girls’ School terus mengutus surat kepada Kull, yang kini berusia 89 tahun ketika pelajar lain dalam kelasnya tidak lagi berbuat demikian selepas projek itu selesai.

Walaupun tidak pernah bercakap di telefon atau bertemu secara peribadi, mereka telah berkongsi kemas kini kehidupan dan mengekalkan tradisi menghantar kad Krismas.

“Kami mempunyai satu pelajaran Bahasa Inggeris di mana kami diberi alamat ini, dan kami menulis surat ini, saya percaya pihak sekolah yang menghantar surat itu.

“Selepas itu, kami dibiarkan mengikut cara kami sendiri untuk mengekalkannya dan ibu saya menggalakkan saya untuk terus menulis.

“Pada usia kami sekarang, hanya kad Krismas sahaja,” kata Perkins.

Perkins berkata dia satu-satunya pelajar dalam kelasnya yang terus menulis surat.

“Dia mesti mempunyai perangai yang sama seperti saya dan saya menghargai ini,” katanya.

Menurut Perkins, walaupun latihan sekolah itu dimulakan akibat perang, dia dan Kull tidak pernah bercakap mengenainya.

“Saya hanya tahu beberapa patah perkataan dalam bahasa Jerman, tetapi pertama kali dia menulis kepada saya, bahasa Inggerisnya sangat sempurna,” katanya.

Walaupun kedua-duanya tidak pernah bertemu secara peribadi atau bercakap di telefon, surat-menyurat telah menjadi bahagian yang konsisten dalam kehidupan mereka berdua.

“Itulah yang kami lakukan pada zaman itu. Maksud saya, kami tidak ada media sosial. Ia hanya pen dan kertas, bukan?” kata Perkins.

Perkins berkata dia sentiasa menantikan kad Krismas daripada Kull setiap tahun untuk mengetahui dia masih hidup dan sihat. – BERNAMA-dpa

Continue Reading

Previous: Penumpang cemas buka pintu kecemasan, jalan atas sayap pesawat
Next: 38 terbunuh dalam nahas pesawat Azerbaijan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.