Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teresang Dayak Bekenu hulur bantuan pengebumian
  • TEMPATAN

Teresang Dayak Bekenu hulur bantuan pengebumian

Utusan Sarawak 4 years ago
TERIMA KASIH… Bantuan kewangan diserahkan oleh wakil Teresang Bekenu Jaddy Ambau turut bersama Presiden Teresang Dayak Miri Ugik Jalit.

BEKENU: Teresang Dayak Bekenu hulur sumbangan wang ehsan kepada Dennis Mandi (keluarga mendiang) di Rumah (Rh.) Mokeng di sini bagi membantu melancarkan urusan pengebumian mendiang Sta Bilong.

Bantuan kewangan tersebut telah diserahkan oleh wakil Teresang Bekenu Jaddy Ambau yang turut bersama Presiden Teresang Dayak Miri Ugik Jalit.

Ugik Jalit ketika hubungi Utusan Sarawak berkata, dana bantuan ini merupakan hasil dari sumbangan ikhlas dari ahli Teresang Dayak Bekenu bagi membantu ahli mereka yang mengalami kesusahan.

“Saya merasa berbangga melihat keperihatinan dan keihlasan ahli yang begitu bermurah hati dalam kerja membantu yang lain.

“Di sini kita dapat melihat bahawa hubungan erat dan silaturahim antara ahli sangat kukuh dan kuat, berharap sikap ini dapat terus dikekalkan selamanya,” jelasnya.

Justeru, setiap masalah yang dihadapi dengan adanya usaha bersama bantu membantu akan menjadi kesulitan menjadi ringan, tambahnya lagi.

Oleh ADUM LIU

Continue Reading

Previous: Seawal pagi naik bukit
Next: Bilangan gelandangan meningkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.