Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Singapura: Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua
  • SUKAN

Terbuka Singapura: Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke pusingan kedua

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei tidak berdepan masalah untuk melepasi pusingan pertama pada Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2025 hari ini.

Beregu ranking keempat dunia yang kembali digandingkan itu hanya mengambil masa 31 minit untuk mengetepikan cabaran gandingan ranking ke-42 dunia dari Amerika Syarikat Presley Smith-Jennie Gai 21-18, 21-15 pada aksi yang berlangsung di Stadium Tertutup Singapura.

Menanti Tang Jie-Ee-Wei pada pusingan kedua ialah pasangan Ye Hong Wei-Nicole Gonzales Chan dari Taiwan.

Dalam pada itu, pasangan beregu campuran profesional negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien terkandas selepas tewas di tangan gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 21-19,19-21, 20-22.

Dua lagi wakil negara akan beraksi hari ini membabitkan Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie (beregu campuran) dan Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong (beregu lelaki).– Bernama

Continue Reading

Previous: Ronaldo cetus spekulasi mengenai masa depan bersama di Nassr
Next: Lebih 1,000 peminat meriahkan sesi temu mesra bintang Manchester United

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.