Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Singapura: Jimmy-Su Yin kejutkan pemain nombor satu dunia, Jun Hao dan Ling Ching tersingkir
  • SUKAN

Terbuka Singapura: Jimmy-Su Yin kejutkan pemain nombor satu dunia, Jun Hao dan Ling Ching tersingkir

Utusan Sarawak 2 hours ago
BEREGU campuran negara Jimmy Wong-Cheng Su Yin. Foto Bernama.

SINGAPURA: Beregu campuran negara Jimmy Wong-Cheng Su Yin melakar kejutan terbesar pada hari pembukaan Kejohanan Badminton Terbuka Singapura 2026 apabila menyingkirkan beregu nombor satu dunia dari China Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping hari ini.

Jimmy-Su Yin mempamerkan aksi matang dan bertenaga untuk menewaskan Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping 23-21, 21-16 dalam tempoh 43 minit di Stadium Tertutup Singapura, sekali gus menempah tiket ke pusingan kedua.

Jimmy berkata kunci kemenangan mereka adalah strategi kekal sabar namun agresif bagi menangkis pukulan pasangan pilihan utama dari China itu.

Sementara itu, perseorangan lelaki Leong Jun Hao merekodkan penyingkiran pada pusingan pembukaan kelima daripada enam kejohanan yang disertainya tahun ini.

Kempen Jun Hao berakhir selepas tewas kepada pemain Taiwan Lee Chia Hao, 21-18, 20-22, 8-21 dalam pertarungan selama 54 minit di Stadium Tertutup Singapura di sini hari ini.

Pemain nombor 26 dunia itu mengakui beliau hilang konsistensi pada set kedua selepas lawannya meningkatkan corak permainan untuk memenangi set berkenaan.

“Saya cuba mengejar pada set kedua tetapi akhirnya saya tidak dapat menguasai permainan manakala pada set penentuan, dia (Chia Hao) lebih selesa dengan permainannya untuk memenangi perlawanan.

“Saya fikir saya perlu lebih konsisten dan jurulatih juga memberitahu saya bahawa saya perlu mengekalkan konsistensi sepanjang perlawanan,” katanya kepada Bernama selepas perlawanan itu.

Dalam acara perseorangan wanita, Wong Ling Ching turut tersingkir awal selepas tewas dalam aksi dua set kepada pemain Jepun Riko Gunji, 20-22, 17-21 dalam tempoh 48 minit.

Pemain nombor 34 dunia itu berkata beliau tidak berada pada tahap terbaik dalam penampilan sulungnya di kejohanan Super 750 itu.

“Saya fikir secara keseluruhan saya tidak berpuas hati tetapi saya telah mencuba sedaya upaya pada penampilan pertama saya di sini.

Ia adalah pengalaman yang agak baik. “Masih banyak aspek yang perlu dipertingkatkan. Bagi saya, saya rasa saya kurang baik ketika mengawal keadaan angin dan itu adalah perkara paling penting yang perlu saya usahakan,” katanya. – Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Tujuh kelab liga super peroleh lesen AFC, KL City dan PDRM didenda RM45,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.