Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik kalahkan beregu Jepun, layak ke suku akhir
  • SUKAN

Terbuka Singapura: Aaron-Wooi Yik kalahkan beregu Jepun, layak ke suku akhir

Utusan Sarawak 2 days ago
PASANGAN beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaga mengatasi badi kekalahan mereka terhadap pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun di Terbuka Singapura sekali gus menempah tempat ke suku akhir. Foto fail

SINGAPURA: Pasangan beregu badminton negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik berjaga mengatasi badi kekalahan mereka terhadap pasangan Takuro Hoki dan Yugo Kobayashi dari Jepun di Terbuka Singapura sekali gus menempah tempat ke suku akhir.

Pemenang pingat gangsa Olimpik Tokyo 2020 dan Paris 2024, menang 21-18, 24-26, 21-12 dalam perlawanan sengit di Stadium Tertutup Singapura, mengulangi semula pertemuan pada Final Masters Malaysia bertemu rakan sepasukan Man Wei Chong dan Tee Kai Wun.

Aaron berkata mereka berjaya mengatasi gangguan emosi akibat kekalahan terkini kepada pasangan sama di Piala Sudirman, yang telah menjejaskan permainan mereka pada set kedua.

“Pada set kedua, kami ada beberapa mata kemenangan tetapi gagal menyudahkannya. Dalam set ketiga, jurulatih banyak beri motivasi dan menaikkan semangat kami,” katanya kepada media.

Aaron berkata selepas set kedua, jurulatih Herry Iman Pierngadi meminta mereka melupakan masa lepas dan fokus kepada permainan hari ini.
“Sekurang-kurangnya kami telah mengesahkan satu slot ke separuh akhir untuk Malaysia. Kami akan anggap perlawanan seterusnya seperti perlawanan latihan,” tambahnya ketika ditanya mengenai perlawanan seterusnya menentang Wei Chong dan Kai Wun.

Sementara itu juara baharu Masters Malaysia Wei Chong dan Kai Wun turut mara ke suku akhir selepas mengalahkan pasangan China Huang Di dan Liu Yang 21-16, 21-16 dalam masa 34 minit.

Pasangan nombor tujuh dunia itu berkata mereka lebih yakin hari ini berbanding perlawanan pembukaan, ketika masih menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang.

“Gelanggang ini ada angin (yang kuat), jadi jurulatih bagi tip macam mana nak main dalam keadaan ni, pastikan dapat mata,” kata Kai Wun.

Pasangan beregu wanita utama negara, Pearlu Tan dan M. Thinaah, turut mara ke suku akhir selepas mencatatkan kemenangan 23-23, 21-18 ke atas pasangan Jepun Yuki Fukushima dan Mayu Matsumoto.

Juara Terbuka Thailand itu berkata mereka berjaya mengekalkan ketenangan selepas set pertama yang sengit.

“Pada set kedua, saya banyak buat kesilapan mudah yang beri mata kepada lawan. Nasib baik, rakan saya banyak membantu dan menampung kelemahan saya hari ini,” kata Pearly.

Thinaah pula berkata walaupun mereka masih dalam proses menyesuaikan diri dengan keadaan gelanggang, mereka tidak mahu perkara itu menjejaskan permainan esok.

Selepas ini mereka akan bertemu pemenang kepada perlawanan antara pasangan China Jia Yifan-Zhang Shuxian dan pasangan India Treesa Jolly-Gayatri Gopichand Pullela, untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Pasangan beregu campuran yang baru digandingkan semula Chen Tang Jie dan Toh Ee Wei, serta satu-satunya wakil perseorangan lelaki negara Leong Jun Hao, akan turut beraksi hari ini.– Bernama

Continue Reading

Previous: Terbuka Singapura 2025: Sze Fei-Nur Izzuddin, Soon Huat-Shevon mara ke suku akhir
Next: Tang Jie-Ee Wei gagal lepasi pusingan kedua terbuka Singapura

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.