
KUALA LUMPUR: Beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei bermandi peluh sebelum berjaya mara ke suku akhir Terbuka Perancis berlangsung di di Glaz Arena, Cesson-Sevigne, hari ini.
Pilihan keempat kejohanan itu, diberi tentangan sengit oleh gandingan Taiwan, Ye Hong Wei-Nicole Chan sebelum mengesahkan slot suku akhir dengan kemenangan 22-20, 17-21, 22-20 dalam perlawanan berlangsung lebih satu jam.
Tang Jie-Ee Wei bakal membuat perhitungan dengan Tang Chun Man-Tse Ying Suet dari Hong Kong untuk mengintai peluang ke separuh akhir.
Turut ke suku akhir, beregu campuran profesional Goh Soon Huat-Shevon lai Jemie yang mudah mengetepikan wakil Scotland, Alexander Dunn-Julie Macpherson 21-13, 21-10. dalam tempoh 27 minit.
Tugas berat menanti pasangan suami isteri itu apabila dijadual berdepan pilihan kedua kejohanan Feng Yanzhe-Huang Dongping dari China, esok.
-Bernama