Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • SUKAN

Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025

Utusan Sarawak 24 hours ago
AKSI yang mencemas beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan ketika menentang beregu Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena di sini, hari ini. Beregu Malaysia tewas kepada Indonesia 24-26, 17-21. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M. Thinaah gagal mengulangi kejayaan pada Sukan SEA 2025 di Thailand selepas tersingkir pada pusingan kedua Terbuka Malaysia 2026, susulan kekalahan kepada pasangan Indonesia Febriana Dwipuji Kusuma-Meilysa Trias Puspitasari di hadapan penyokong tuan rumah di Axiata Arena di sini hari ini.

Pada Sukan SEA 2025, Pearly-Thinaah meraih pingat emas selepas menewaskan pasangan Indonesia yang sama pada perlawanan akhir, namun skrip berbeza berlaku di tanah air sendiri.

AKSI beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan ketika menentang beregu Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena di sini, hari ini. Beregu negara tewas kepada Indonesia 24-26, 17-21. Foto BERNAMA

Dalam pertemuan itu, pasangan nombor dua dunia Pearly-Thinaah ketinggalan 1-11 pada set pembukaan sebelum tewas dalam pertarungan sengit 24-26 manakala mereka gagal bangkit pada set kedua apabila kecundang 17-21 dalam masa 54 minit menentang pasangan menduduki ranking ke-60 dunia itu.

“Sudah tentu ada kekecewaan tetapi menang dan kalah perkara biasa bagi atlet. Mereka membuat persiapan yang sangat baik untuk hari ini dan mereka bermain lebih baik daripada kami.

“Ini adalah sesuatu yang perlu kami terima dan kembali berbincang bagaimana kami boleh mengubah serta memperbaiki corak permainan kami,” kata Pearly selepas perlawanan itu.

KEKECAWAAN terpahat pada wajah beregu wanita negara, Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan pada akhir perlawanaan ketika tumpas kepada beregu Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma dan Meilysa Trias Puspitasari pada kejohanan Badminton Terbuka Malaysia Petronas 2026 di Stadium Axiata Arena di sini, hari ini. Beregu negara tewas kepada Indonesia 24-26, 17-21. Foto BERNAMA

Thinaah bagaimanapun memohon maaf kepada para penyokong yang memenuhi Axiata Arena, terutama mereka yang datang dari jauh untuk memberikan sokongan, sambil menyuarakan keyakinan pasangan itu akan bangkit lebih kuat selepas ini.

“Saya fikir ini adalah sesuatu yang perlu kami pelajari sebagai atlet. Sudah pasti kami yakin kami boleh bangkit daripada keadaan ini. Saya gembira kerana mempunyai Pearly di sisi saya, jadi kami akan saling menyokong dan mengingatkan antara satu sama lain untuk mendapatkan kembali keyakinan kami,” katanya.

Sebelum kekalahan hari ini, Pearly-Thinaah mencatat rekod sempurna menentang pasangan Indonesia itu dengan memenangi kesemua empat pertemuan terdahulu, termasuk perebutan pingat emas pada Sukan SEA 2025.

Kali terakhir beregu wanita negara menjuarai Terbuka Malaysia adalah pada 1965 menerusi gandingan legenda Teoh Siew Yong-Rosalind Singha Ang. – Bernama

Continue Reading

Previous: Terbuka Malaysia 2026: Tang Jie-Ee Wei ke suku akhir, rayu peminat sokong rakan seperjuangan
Next: Aaron-Wooi Yik, Wei Chong-Kai Wun mara ke suku akhir

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.