Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Korea 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan ketiga
  • SUKAN

Terbuka Korea 2025: Soon Huat-Shevon mara ke pusingan ketiga

Utusan Sarawak 5 days ago
GOH Soon Huat dan Shevon Lai Jemie

KUALA LUMPUR: Dua pasangan beregu campuran negara mara ke pusingan ketiga kejohanan badminton Terbuka Korea 2025 di Suwon Gymnasium, Suwon hari ini.

Pilihan kelima Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie menerajui dengan kemenangan 21-9, 22-20 ke atas beregu Indonesia Adnan Maulana-Indah Cahya Sari Jamil dalam 33 minit. 

Pasangan Malaysia itu akan menentang wakil China Gao Jia Xuan-Wu Meng Ying pada peringkat seterusnya. 

Sementara itu, satu lagi beregu negara Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut menempah tiket ke pusingan ketiga selepas mengatasi pasangan dari Taiwan Liu Kuang Heng-Jheng Yu Chieh 21-13, 22-20.

Mereka akan berdepan wakil tuan rumah Lee Jong Min-Chae Yu Jung bagi merebut tempat ke suku akhir. 

Bagaimanapun kempen kejohanan berakhir untuk Hoo Pang Roon-Cheng Su Yin yang memberikan tentangan hebat sebelum tunduk 23-21, 17-21, 19-21 kepada beregu Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat. – Bernama

Continue Reading

Previous: Limbang FA jalin kerjasama strategik dengan Yakin Football League Brunei
Next: Sukan SEA 2027: Sekurang-kurangnya 16 acara diadakan di Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.