Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin, Nur Mohd Azriyn-Wee Kiong lepasi halangan pertama
  • SUKAN

Terbuka Jepun: Sze Fei-Nur Izzuddin, Nur Mohd Azriyn-Wee Kiong lepasi halangan pertama

Utusan Sarawak 1 day ago

KUALA LUMPUR:  Beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani memulakan kempen mempertahankan kejuaraan pada Kejohanan Badminton Terbuka Jepun 2025 dengan bergaya apabila mara ke pusingan kedua di Tokyo hari ini.

Pada aksi pusingan pertama kejohanan Super 750 yang berlangsung di Gimnasium Metropolitan Tokyo, pasangan nombor satu dunia itu menewaskan gandingan Kanada Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman 21-13, 21-15 pada pertemuan pertama mereka.

Sze Fei-Izzuddin bakal berdepan sama ada pasangan tuan rumah Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita atau gandingan Taiwan Chiu Hsiang Chieh-Wang Chi-Lin pada pusingan seterusnya.

Turut mara ke pusingan kedua ialah pasangan profesional negara yang kini menduduki ranking ke-26 dunia Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.

Pasangan itu bangkit daripada kekalahan set pertama untuk mengejutkan beregu ranking ke-18 dunia dari Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov dengan keputusan 13-21, 21-17, 21-19 dalam perlawanan yang berlangsung hampir satu jam.

Nur Mohd Azriyn-Wee Kiong seterusnya akan bertemu pemenang perlawanan antara pilihan keempat Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen atau Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard masing-masing dari Denmark.

Sementara itu, beregu wanita negara Ong Xin Yee-Carmen Ting gagal mencipta kejutan ke atas pasangan tuan rumah yang juga pilihan keenam kejohanan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi.

Pasangan bukan pilihan itu memenangi set pertama 21-17, namun akhirnya tunduk 8-21, 8-21 dalam tempoh 56 minit.– Bernama

Continue Reading

Previous: Kejohanan Memanah Tradisional Sarawak 2025 bakal berlangsung 19–20 Julai ini
Next: Piala AFF B-23: Malaysia tewas 0-2 kepada Filipina pada aksi pembukaan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.