Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin tempah slot suku akhir
  • SUKAN

Terbuka Jepun: Pearly-Thinaah, Sze Fei-Nur Izzuddin tempah slot suku akhir

Utusan Sarawak 22 hours ago
PEARLY Tan (kanan) dan Thinaah Muralitharan. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Beregu wanita utama negara Pearly Tan-M.Thinaah meneruskan kemaraan ke suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Jepun selepas menewaskan pasangan Taiwan, Hsieh Pei Shan- Hung En Tzu, pada aksi pusingan kedua, hari ini.

Pasangan pilihan ketiga kejohanan itu tidak berdepan banyak masalah apabila mencatat kemenangan straight set 21-14, 21-16 dalam masa 35 minit di Gimnasium Metropolitan Tokyo.

Juara Terbuka Thailand itu dijadualkan bertemu gandingan Korea Selatan, Jeong Na-eun-Lee Yeon Woo di pentas suku akhir esok.

GOH Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani.

Sementara itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani turut melangkah ke suku akhir selepas menewaskan beregu tuan rumah, Hiroki Midorikawa-Kyohei Yamashita 21-19, 21-18.

Pasangan ranking nombor satu dunia itu akan membuat perhitungan dengan gandingan Indonesia yang berada di ranking kelima dunia, Fajar Alfian-Muhammad Shohibul Fikri.

Turut mara, satu lagi beregu lelaki negara, Man Wei Chong-Tee Kai Wun selepas mencatat kemenangan ke atas pasangan China, Huang Di-Liu Yang 21-19, 14-21, 22-20.

Pasangan pilihan keenam kejohanan itu bakal berdepan pilihan ketiga dari Korea Selatan, Kim Won Ho-Seo Seung Jae di suku akhir.

Terbuka Jepun merupakan kejohanan bertaraf Super 750 dengan menawarkan hadiah keseluruhan berjumlah AS$950,000 (kira-kira RM4 juta).

KEPUTUSAN LAIN:

(NOTA: Semua pemain Malaysia kecuali dinyatakan. Tanda [ ] menandakan kedudukan pilihan)

Beregu Lelaki:

Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mn Chen Zhi Yi-Presley Smith (USA) 19-21, 21-14, 21-19

Nur Mohd Azriyn Ayub Azriyn-Tan Wee Kiong mn [4] Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (DEN) 21-16, 15-21, 21-19

Beregu Campuran:

[4] Chen Tang Jie-Toh Ee Wei mn Jafar Hidayatullah-Felisha Pasaribu (INA) 17-21, 21-16, 21-12

[6] Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie mn Terry Hee Yong Kai-Jin Yu Jia (SGP)  21-14, 21-17

[2] Jiang Zhenbang-Wei Yaxin (CHN) mn Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin 21-9, l 21-6 

-Bernama

Continue Reading

Previous: Super Cup Badminton Saratok kembali 23-24 Ogos depan, tawar hadiah lumayan
Next: WUG 2025: Hoe Yean lakar sejarah raih perak 400m gaya bebas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.