Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir
  • SUKAN

Terbuka Indonesia: Wei Chong-Kai Wun, Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Utusan Sarawak 23 hours ago
AKSI pemain beregu negara, Man Wei Chong (kanan) dan Kai Wun Tee (kiri) ketika bertanding baru-baru ini. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Gandingan Man Wei Chong-Tee Kai Wun menjadi satu-satunya beregu lelaki negara yang masih bertahan dalam Terbuka Indonesia apabila mara ke separuh akhir kejohanan itu hari ini. 

Pada aksi yang berlangsung di Istora Senayan, Jakarta, Juara Malaysia Masters 2025 itu menundukkan wakil India Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty 21-19, 21-16. 

Menurut Wei Chong kunci kemenangan mereka adalah memberikan tumpuan penuh kepada cara permainan dan strategi yang diterapkan jurulatih.

“Kami tidak fikir tentang menang atau kalah, kami hanya lakukan apa yang perlu dilakukan. Kami hanya fokus pada pelan permainan dan strategi,” katanya dalam audio yang dikongsi Persekutuan Badminton Dunia (BWF) kepada media hari ini.

Menanti Wei Chong-Kai Wun esok gandingan tuan rumah Sabar Karyaman Gutama-Moh Reza Pahlevi Isfahani yang mencipta kejutan menewaskan beregu nombor satu dunia dari Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani. 

Bagaimanapun Sze Fei-Nur Izzuddin tidak memberikan laluan mudah kepada beregu Indonesia itu apabila mengheret perlawanan hingga ke set penentuan sebelum tumpas 21-19, 9-21, 21-19.

Sementara itu, dalam saingan beregu wanita, pasangan negara Pearly Tan-M Thinaah turut melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun, 21-6, 21-18.

Pasangan nombor empat dunia itu dijadualkan bertemu pilihan kelima dari China, Li Yi Jing-Luo Xu Min bagi merebut tiket ke pentas final.

-Bernama

Tags: Sukan

Continue Reading

Previous: Fazzrudin tidak cadang tubuh pasukan baharu jika terajui FAS
Next: Endrick tekad bantu Harimau Malaya tewaskan Vietnam

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.