Terbuka Indonesia: Aaron-Wooi Yik tumbang di pusingan kedua

Facebook
WhatsApp
BEREGU negara Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal meneruskan cabaran ke suku akhir Terbuka Indonesia 2026 selepas tewas kepada wakil tuan rumah pada pusingan kedua di Istora Senayan hari ini.

Pasangan pilihan kedua kejohanan itu bergelut mempamerkan aksi terbaik sebelum tunduk kepada Raymond Indra-Nikolaus Joaquin 14-21, 14-21 dalam tempoh 33 minit.

Bagaimanapun, Malaysia masih mempunyai wakil dalam acara beregu lelaki menerusi Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani yang melangkah ke suku akhir selepas menewaskan pasangan England, Ben Lane-Sean Vendy, 21-11, 21-13.

Kemenangan itu merupakan yang pertama buat Sze Fei-Izzuddin ke atas gandingan England tersebut selepas tiga pertemuan sebelum ini.

Menanti pasangan negara itu di suku akhir ialah beregu India, Hariharan Amsakarunan-M.R. Arjun, yang terdahulu menyingkirkan satu lagi wakil Malaysia, Kang Khai Xing-Aaron Tai, 16-21, 21-15, 21-19.

Perseorangan wanita, pemain nombor satu negara K. Letshanaa turut terkandas di pusingan kedua selepas tewas kepada wakil Jepun, Akane Yamaguchi, 15-21, 18-21.

Nasib sama menimpa perseorangan lelaki negara, Leong Jun Hao, yang gagal melepasi halangan pemain Perancis, Alex Lanier dengan keputusan 16-21, 15-21.

Wakil beregu campuran negara Hoo Pang Ron-Lai Pei Jing juga menamatkan perjuangan mereka selepas tunduk kepada gandingan Thailand Dechapol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran 14-21, 22-24. – Bernama

Gakpo tarik diri daripada skuad Belanda

LONDON, United Kingdom: Cody Gakpo menarik diri daripada skuad Belanda akibat kecederaan buku lali, sekali gus menambah masalah kecederaan yang

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan kenaikan harga minyak