Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Hylo: Kisona mara ke pusingan kedua
  • SUKAN

Terbuka Hylo: Kisona mara ke pusingan kedua

Utusan Sarawak 18 hours ago

KUALA LUMPUR: Juara perseorangan wanita Sukan SEA 2019, S. Kisona, memulakan kempen Terbuka Hylo 2025 dengan langkah kanan selepas menyingkirkan pemain Bulgaria, Kaloyana Nalbantova, pada aksi pusingan pertama di Saarbrucken, Jerman, Rabu.

Dalam kejohanan bertaraf Super 500 yang berlangsung di Saarlandhalle itu, pemain profesional negara berusia 27 tahun berkenaan hanya memerlukan 36 minit untuk menundukkan Nalbantova dengan keputusan 21-9, 22-20.

Kisona yang tidak disenaraikan sebagai pemain pilihan selepas ini bakal berdepan cabaran pilihan utama dari Indonesia Putri Kusuma Wardani, yang menewaskan pemain Denmark, Anna Siess Ryberg, 21-18, 21-5.

Sementara itu, pasangan beregu campuran bebas, Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien turut melangkah ke pusingan kedua selepas mencatat kemenangan straight set ke atas gandingan Brazil, Fabricio Farias-Jacqueline Lima, 21-14, 21-17.

Tien Ci-Chiew Sien akan berdepan pilihan keenam dari Thailand, Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat, yang menumpaskan rakan senegara mereka, Phuwanat Horbanluekit-Benyapa Aimsaard, 21-14, 21-13.- Bernama

Continue Reading

Previous: Krisis Liverpool memuncak selepas tersingkir Piala Liga kepada Palace
Next: Slot pertahan keputusan rehat tonggak utama, akui tak capai ‘standard Liverpool’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.