Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Hylo: Dua beregu lelaki utama negara buka langkah kanan
  • SUKAN

Terbuka Hylo: Dua beregu lelaki utama negara buka langkah kanan

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Dua beregu lelaki utama negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Mohd Rumsani melangkah ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Terbuka Hylo 2025 selepas menewaskan lawan masing-masing pada aksi pembukaan di Saarbrucken, Jerman, awal pagi tadi.

Pada aksi di Saarlandhalle, Aaron-Wooi Yik yang juga merupakan pilihan utama kejohanan mudah menewaskan beregu England Alex Green-Zach Russ 25-23, 21-14 untuk menempah pertemuan  menentang gandingan Jiri Kral-Ondrej Kral dari Republik Czech.

Sementara, Sze Fei-Nur Izzudin turun selaku pilihan kedua kejohanan mengiringi kemaraan itu dengan menundukkan gandingan Alexander Dunn-Adam Pringle dari Scotland 21-17, 22-20.

Gandingan negara itu akan menentang beregu Denmark, Daniel Lundgaard-Mads Vestergaard di pusingan kedua.- Bernama

Continue Reading

Previous: Piala FA: Kuching City cipta sejarah ke separuh akhir bertemu JDT
Next: Krisis Liverpool memuncak selepas tersingkir Piala Liga kepada Palace

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.