Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir
  • SUKAN

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah mara ke separuh akhir

Utusan Sarawak 2 days ago

KUALA LUMPUR: Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Go Pei Kee-Teo Mei Xing hari ini.

Pada aksi di Hong Kong Coliseum, pasangan ranking kedua dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-12, 21-15 dalam tempoh 31 minit.

Naib juara Kejohanan Dunia itu akan berdepan gandingan China, Jia Yifan-Zhang Shuxian, di separuh akhir esok selepas pasangan berkenaan menundukkan beregu Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu, 21-12, 21-7.

Sementara itu, hasrat beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, untuk mengikut jejak langkah sama tidak kesampaian selepas tunduk kepada gandingan India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasangan negara itu kerana tidak membenarkan lawan mereka meraih kemenangan mudah, sebelum tewas dalam pertarungan rubber set 14-21, 22-20, 16-21 dalam tempoh lebih sejam.– Bernama

Continue Reading

Previous: Tang Jie- Ee Wei lupakan status juara dunia, fokus Masters China
Next: Uruguay main dua perlawanan persahabatan di Malaysia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.