
KUALA LUMPUR: Beregu campuran profesional negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie akan berdepan rakan senegara Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin dalam perebutan tiket ke suku akhir Terbuka Hong Kong 2025, esok.
Pilihan ketujuh yang tewas 13-21 pada set pertama, bangkit pada set kedua 23-21 sebelum melengkapkan kemenangan 21-8 ke atas wakil Taiwan, Lin Bing-Wei-Lin Jhih Yun dalam pusingan pertama kejohanan Super 500 berlangsung di Coliseum Hong Kong hari ini.
Dalam satu lagi perlawanan pembukaan, gandingan Pang Ron-Su Yin pula memerlukan 24 minit untuk mengetepikan Oleksii Titov-Yevheniia Kantemyr dari Ukraine 21-14, 21-14 untuk mara ke pusingan kedua.

Dalam saingan beregu lelaki pula, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri dipaksa bermandi peluh sebelum menyingkirkan pasangan Korea Selatan, Kim Gi Jung-Kim Sa Rang 21-11, 16-21, 21-18.
Hon Jian-Muhammad Haikal turut berdepan rakan senegara Wan Junaidi Wan Arif-Yap Roy King yang mengejutkan pilihan ketiga Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen dari Denmark 21-19, 23-21 semalam.
Sementara itu, perseorangan lelaki profesional negara Aidil Sholeh Ali Sadikin mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Chi Yu Jen dari Taiwan 15-21, 21-18, 21-15.
Aidil Sholeh bakal berdepan tugas getir berdepan pilihan keenam dari Perancis, Christo Popov yang menewaskan Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 19-21, 21-17, 21-19.
Kempen perseorangan wanita negara berakhir selepas K Letshanaa tewas kepada Wen Yu Zhang dari Kanada 22-24, 16-21.
Keputusan lain:
——————–
(Nota: Pemain Malaysia kecuali dinyatakan)
Beregu lelaki:
Huang Di-Liu Yang (CHN) mn Low Hang Yee-Ng Eng Cheong 21-15, 21-15
Beregu campuran:
[5] Tang Chun Man-Tse Ying Suet (HKG) mn Wong Tien Ci-Lim Chiew Sien 13-21, 21-10, 21-9
-BERNAMA