Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka China: Tang Jie- Ee Wei tersingkir di suku akhir
  • SUKAN

Terbuka China: Tang Jie- Ee Wei tersingkir di suku akhir

Utusan Sarawak 1 day ago
FOTO facebook BAM

KUALA LUMPUR:  Perjalanan beregu campuran negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei di Terbuka China 2025 di Changzhou, berakhir di pusingan suku akhir hari ini. 

Tang Jie-Ee Wei, gagal menepati status pilihan keempat apabila mereka dikejutkan dengan kekalahan straight set oleh pasangan bukan pilihan dari China, Guo Xin Wa-Chen Fang Hui, 19-21, 15-21, dalam pertarungan selama 43 minit di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik. 

Keputusan hari ini merupakan kekalahan pertama gandingan Malaysia itu di tangan Xin Wa-Fang Hui dalam tiga pertemuan. 

Xin Wa-Fang Hui akan berdepan sama ada dengan juara bertahan yang juga rakan senegara Feng Yan Zhe-Huang Dong Ping atau pasangan Indonesia Rehan Naufal Kusharjanto-Gloria Emanuelle Widjaja, di separuh akhir, esok.

Sementara itu, beregu wanita negara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing mengalami nasib sama selepas mereka tewas kepada pasangan tuan rumah Jia Yi Fan-Zhang Shu Xian, 7-21, 15-21.

Ini merupakan kekalahan keempat berturut-turut Pei Kee-Mei Xing menentang Yi Fan-Shu Xian sejak pertemuan pertama mereka di Terbuka Malaysia 2025, Januari lepas.

Pada separuh akhir nanti, pasangan China itu akan berdepan sama ada gandingan utama negara Pearly Tan-M.Thinaah atau Yuki Fukushima-Mayu Matsumoto dari Jepun, yang perlawanan mereka dijadual berlangsung lewat hari ini. – Bernama

Continue Reading

Previous: Berbelanja besar, Liverpool tetap kukuh dari segi kewangan
Next: Wai Ching bawa misi pertahan gelaran dunia di Menara Merdeka 118 bulan depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.