Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka China 2025: Impian Soon Huat-Shevon ke pentas akhir lebur
  • SUKAN

Terbuka China 2025: Impian Soon Huat-Shevon ke pentas akhir lebur

Utusan Sarawak 3 days ago

KUALA LUMPUR:  Impian beregu campuran negara Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie untuk melangkah ke pentas akhir Kejohanan Badminton Terbuka China 2025 tidak kesampaian selepas tersingkir pada pusingan pertama di Changzhou hari ini.

Ranking keenam dunia itu ditunjukkan jalan keluar oleh gandingan Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu dalam pertarungan tiga set yang berlangsung lebih sejam dengan keputusan 21-18, 22-24, 15-21.

Ini adalah kekalahan kali kedua Soon Huat-Shevon kepada pasangan sama, selain gagal mengekalkan kedudukan selaku naib juara kejohanan itu pada edisi 2024.

Dalam pada itu, beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani terpaksa melupakan hasrat mempertahankan kejuaraan apabila dikejutkan dengan kekalahan kepada gandingan ranking ke-40 dunia dari Korea Selatan Kang Min Hyuk-Kim Dong Ju 15-21, 21-15, 21-17 dalam tempoh 56 minit.

Ia kekalahan berganda buat ranking ketiga dunia itu, yang turut gagal mempertahankan kejuaraan Terbuka Jepun apabila tewas pada aksi final, Ahad lepas. 

Beregu lelaki nombor satu negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula memulakan kempen pada kejohanan Super 1000 itu dengan langkah kanan apabila menewaskan gandingan Denmark Rasmus Kjær-Frederik Sogaard 21-19, 21-15 dalam tempoh 41 minit.

Menanti mereka pada pusingan kedua adalah gandingan Perancis Christo Popov-Toma Junior Popov atau Kevin Lee-Ty Alexander Lindeman dari Kanada. – Bernama

Continue Reading

Previous: Sarikei himpun bakat snuker seluruh Sarawak
Next: Kejohanan Futsal KASUS 2025 himpun 28 pasukan di Kampung Tuie

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.