Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SUKAN
  • Terbuka Australia 2025: Tang Jie-Ee Wei hampiri gelaran kedua tahun ini
  • SUKAN

Terbuka Australia 2025: Tang Jie-Ee Wei hampiri gelaran kedua tahun ini

Utusan Sarawak 6 hours ago
CHENG Tang Jie-Toh Ee Wei mara ke final Terbuka Australia 2025 selepas menewaskan pasangan Thailand dalam aksi separuh akhir di Sydney. Foto Badminton Association of Malaysia-BAM


KUALA LUMPUR: Beregu campuran utama negara Chen Tang Jie-Toh Ee Wei hanya selangkah lagi untuk merangkul gelaran kedua mereka tahun ini selepas menampilkan aksi bertenaga untuk mara ke final Kejohanan Badminton Terbuka Australia 2025 di Sydney hari ini.

Pada aksi separuh akhir kejohanan Super 500 yang berlangsung di Quaycentre, Olympic Boulevard itu, juara dunia dan pilihan utama itu mengambil masa 50 minit untuk menumpaskan pasangan Thailand Pakkapon Teeraratsakul-Sapsiree Taerattanachai 21-16, 21-14, untuk menempah slot ke final esok.

Beregu nombor empat dunia itu akan menentang sama ada pilihan kedua dari Indonesia Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu atau pilihan ketiga dari Thailand Ruttanapak Oupthong-Jhenicha Sudjaipraparat.

Sementara itu, hasrat beregu lelaki profesional negara Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani untuk mara ke final ketiga mereka tahun ini tidak kesampaian selepas tewas mengejut kepada pasangan bukan pilihan dari Indonesia Raymond Indra-Nikolaus Joaquin.

Beregu pilihan kedua itu tewas 15-21, 15-21 dalam masa 42 minit pada pertemuan pertama mereka menentang Raymond-Nikolaus.

Pasangan yang kini menghuni ranking keempat dunia itu hanya meraih satu gelaran tahun ini pada Terbuka India 2025, Januari lepas dan muncul naib juara Terbuka Jepun 2025, Julai lepas.- Bernama

Continue Reading

Previous: BSDS buktikan Sarawak kini mampu jadi hab permotoran Borneo
Next: Deaflympics 2025: Azlan pecah rekod kebangsaan walaupun tidak ke final 800m

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.