Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • ‘Teparok’ boleh jana pendapatan
  • TEMPATAN

‘Teparok’ boleh jana pendapatan

Utusan Sarawak 4 years ago
DENGAR PENJELASAN….Dato Sri Fatimah mendengar penjelasan daripada pihak JPS Mukah tentang projek pembersihan di Tebingan Sungai SK Kampung Tanam Dalat.

DALAT: Adalah diharapkan masalah Gondok Air  bukan hanya akan boleh diatasi dan malah ingin dijadikan sebagai penjana ekonomi untuk penduduk tempatan.

Itulah impian Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato Sri Fatimah Abdullah terhadap tumbuhan  air yang dikenali sebagai ‘Teparok’ dalam dialek tempatan berkenaan.

Justeru, ujarnya, untuk penyelesaian jangka panjang Kementerian Pengangkutan Sarawak (KPS), Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak (JPS) dan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) akan membuat kajian mengenai perkara tersebut.

“Kita sebenarnya bukan hanya memikirkan tentang resolusi  terhadap masalah Teparok untuk jangka pendek  dan malah untuk jangka panjang. Untuk itu pihak KPS, JPS dan UNIMAS akan membuat kajian yang terperinci dan menyeluruh tentang isu teparok ini,” ujarnya.

Beliau berkata  usaha itu  seterusnya bukah sekedar membersihkan teparok atau mengatasi masalah teparok yang menjejas sungai terpanjang di kawasan itu  dan malah menjadikan ia sebagai penjana pendapatan kepada penduduk tempatan dan ekonomi kawasan ini.

Katanya, antara yang mungkin boleh membawa permasalahan ini  menjurus kearah yang positif itu ialah menjadikan ia sebagai baja atau perkara  lain yang dikirakan sesuai dengan tumbuhan air berkenaan.

“Setakat ini kita melihat kemungkinan kita boleh menjadikannya sebagai baja. Kalau kita lihat sekarang ini jumlah memang terlalu banyak dan tidak seperti semasa kita lagi kecil dahulu.  Maka kajian yang terperinci dan menyeluruh itu perlu jika kita ingin menjelmakannya sebagai aktiviti ekonomi untuk penduduk setempat dan kawasan ini,amnya, ” kata beliau lagi.

Fatimah berkata demikian ketika  ditemui media di Tebingan Sungai Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tanam Dalat di sini sebelum  memantau Projek Pembersihan Sungai  melibatkan teparok yang sedang dilaksanakan di Batang Oya pada hari Isnin (11 Oktober).

Dan dalam masa yang sama, tambah Fatimah, ia juga  perlu peruntukan yang konsisten  dan terancang kerajaan negeri terhadap JPS yang merupakan agensi pelaksana projek pembersihan sediaada.

 “Agensi pelaksana projek  yang menelankan kos RM249,650  kali ialah JPS dan ia dilaksanakan mengikut zon. Projek ini bukan untuk pembersihan  secara tuntas teparok ini akan tetapi untuk mengurangkan bilangan teparok yang hanyut di Batang Oya. Ia dijalankan dalam tiga zon iaitu Zon Satu melibatkan sembilan kampung(dari Jambatan Temenggong Mat Win ke Kampung Tanam), Zon Dua melibatkan dua kampung(di Kampung Kekan) dan Zon tiga melibatkan tiga kampung (Kampung Medong),” ujarnya.

Semenjak dilaksanakan 1 Oktober, tambah Fatimah, sejumlah 650 tan teparok sudah diperangkap untuk dimuat dalam tongkang, sebelum dihantar ke tempat pelupusan di  Nanga Baoh yang berada di ulu Batang Oya.

“Projek pembersihan ini adalah yang kedua selepas Gotong-royong perdana yang telah diadakan pada tahun lalu dan juga boleh dikatakan sebagai fasa kedua yang melibatkan teparok.  Sebenarnya  yang ini adalah usaha pertama  Kementerian Pengangkutan dan JPS dan bermakna janji untuk berbuat demikian telah tertunai.  Kali ini ia berlangsung sehingga 11 November nanti. Memang diakui komitment tinggi telah ditujukkan oleh semua mereka  yang terlibat dalam projek ini. Malah saya difahamkan pihak JPS terus bertugas biarpun pada hari cuti umum. Dan begitu juga dengan Ketua Masayarakat dan ketua kaum, termasuk  kerjasama yang jitu  penduduk kampung di tempat masing-masing,” ujarnya.

Selepas itu, Fatimah dan rombongan menaiki sebuah boat laju menuju ke sebuah Tongkang untuk memantau pekerjaan merangkap Teparok yang hanyut dan seterusnya memuatkannya ke dalam tongkang.

Juga kelihatan bersama ialah Pegawai Daerah Dalat, Kueh Lei Poh, Jurutera Bahagian JPS Mukah, Faizal Suki, dan  Penghulu Rose J. Jepun.

Oleh HENRY B SIYU

Continue Reading

Previous: Serikan ulang tahun kelahiran TYT
Next: Sarawak peruntukkan RM10.646 bilion

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.