Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • Teo Nie Ching mulakan lawatan kerja sehari di Kuching
  • TEMPATAN

Teo Nie Ching mulakan lawatan kerja sehari di Kuching

Utusan Sarawak 1 month ago
SAMBUT KETIBAAN… Helmy Hamid dan tetamu kehormat lain menyambut ketibaan Teo Nie Ching di LTAK. Foto JAPEN

KUCHING: Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching, selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada 9.20 pagi tadi bagi memulakan lawatan kerja sehari di sini.

Sepanjang lawatan tersebut, beliau dijadualkan menghadiri sesi perbincangan bersama agensi-agensi di bawah Kementerian Komunikasi yang beroperasi di Sarawak berkaitan hala tuju dan pelaksanaan dasar kementerian di peringkat negeri.

Seterusnya, beliau merasmikan dua Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI), masing-masing di Pending dan Padungan, sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur pada hari yang sama.

Turut hadir menyambut ketibaan beliau ialah Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Sarawak, Helmy Hamid; Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Sarawak, Norjihan Yahya; Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) Pejabat Wilayah Sarawak, Adiman Ajem; serta Ketua Biro BERNAMA Sarawak, Hamdan Ismail.
Oleh Masrin Affirah

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Coaching children on how to say ‘No’ to drugs
Next: 156 NADI beroperasi di Sarawak, termasuk 23 pusat baharu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.