Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • Tentera laut Indonesia siasat penemuan kapal selam tanpa pemandu di perairan Gili Trawangan
  • GLOBAL

Tentera laut Indonesia siasat penemuan kapal selam tanpa pemandu di perairan Gili Trawangan

Utusan Sarawak 3 hours ago
TENTERA laut Indonesia siasat penemuan kapal selam tanpa pemandu di perairan Gili Trawangan. Gambar hiasan.

JAKARTA: Tentera Laut Indonesia sedang menyiasat penemuan sebuah objek yang disyaki kapal selam tanpa pemandu (UUV) di selat utara Gili Trawangan, Kabupaten Lombok Utara, Nusa Tenggara Barat (NTB).

Menurut Agensi Berita ANTARA, Ketua Perkhidmatan Maklumat Tentera Laut Indonesia, Laksamana Muda Tunggul berkata, pasukan pakar akan menjalankan penilaian teknikal terperinci terhadap aset terbabit bagi menentukan asal-usul, fungsi, serta sebarang data yang mungkin terkandung di dalamnya.

“Peranti kapal selam itu akan menjalani penilaian teknikal yang menyeluruh untuk mengenal pasti dari mana ia datang, kegunaannya dan sama ada ia mengandungi sebarang data yang boleh diperoleh semula,” katanya.

Tunggul berkata, kapal selam tanpa pemandu itu pada mulanya ditemukan oleh nelayan di selat utara Gili Trawangan, yang kemudian melaporkan penemuan berkenaan kepada anggota tentera laut berhampiran.

Objek berkenaan kemudiannya dibawa keluar dan diserahkan kepada Pos Tentera Laut Gili Air untuk siasatan lanjut.

Tunggul berkata, kawalan keselamatan telah dilaksanakan di sekitar objek itu  bagi memastikan prosedur siasatan berjalan mengikut piawaian yang ditetapkan.

Beliau berkata, Tentera Laut kekal komited dalam menjaga kedaulatan dan keselamatan maritim daripada sebarang aktiviti tanpa kebenaran, termasuk penggunaan peralatan dasar laut oleh pihak yang tidak dibenarkan di perairan Indonesia. – Bernama

Tags: Global

Continue Reading

Previous: Serangan beruang di Jepun cecah rekod 238 kes dengan 13 kematian pada tahun kewangan 2025
Next: Bekalan minyak Filipina mencukupi untuk 50 hari, stok penimbal tiba bulan ini

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.