Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • Tengku Zafrul bentang hala tuju strategik BAM hujung Ogos
  • SEMASA

Tengku Zafrul bentang hala tuju strategik BAM hujung Ogos

Utusan Sarawak 2 days ago
TENGKU Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz

PETALING JAYA:  Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz dijangka membentangkan pelan hala tuju strategik bagi memperkasa sukan badminton negara selewat-lewatnya hujung Ogos ini.

Tengku Zafrul, yang dipilih menerajui BAM tanpa dicabar pada Mei lepas, kini giat menjalankan siri libat urus bersama pemegang taruh utama termasuk bekas pemain negara bagi mendapatkan maklum balas dan menilai secara menyeluruh landskap semasa ekosistem badminton tanah air.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu menyifatkan sesi libat urus tersebut sebagai amat memberangsangkan susulan sambutan positif yang diterima daripada pelbagai pihak.

“Sambutan yang diberikan sangat positif. Walaupun ada pandangan berbeza tetapi semua pihak berkongsi satu hasrat yang sama, iaitu mahu melihat sukan ini terus maju.

“Perancangan tidak boleh dibuat dalam sehari tetapi kita perlu tetapkan sasaran untuk tempoh tiga, lima dan 10 tahun,” katanya semasa sesi berrsama media di sini hari ini.

Terdahulu, Tengku Zafrul memohon tempoh 100 hari selepas pelantikannya bagi mengadakan pertemuan bersama pemain, barisan kejurulatihan, penaja serta pelbagai pihak berkepentingan sebelum merangka pelan pembangunan yang tuntas dan berkesan.

Ditanya sama ada semua pihak telah ditemui, beliau memaklumkan proses perbincangan masih berjalan dan akan diteruskan dengan sesi rasmi bersama Kementerian Belia dan Sukan, termasuk Menterinya Hannah Yeoh, Majlis Sukan Negara (MSN) serta jurulatih kebangsaan menjelang hujung bulan ini.

Mengulas lanjut mengenai tumpuan utama yang ingin diberikan bagi memacu BAM ke tahap lebih tinggi, Tengku Zafrul menegaskan pentingnya memahami situasi semasa sebelum menetapkan matlamat jangka panjang.

Beliau turut menekankan bahawa setiap segmen dalam ekosistem badminton negara – termasuk penajaan, pembangunan akar umbi, prasarana dan kejurulatihan – harus diberi perhatian secara menyeluruh kerana kemajuan dalam satu bidang tidak mampu menampung kelemahan di bahagian lain.

Katanya, harapan rakyat serta komuniti badminton terhadap pencapaian BAM kekal tinggi dan ia hanya boleh dicapai menerusi perancangan tersusun, pendekatan menyeluruh dan kefahaman yang jelas terhadap kekuatan semasa.– Bernama

Continue Reading

Previous: Had umur belia 30 tahun kekal, Sarawak tidak terikat
Next: Polis buka kertas siasatan dakwaan pesawat asing di ruang udara Saratok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.