Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tengku Zafrul akhiri tugas sebagai menteri, mungkin diberi jawatan lain
  • NASIONAL

Tengku Zafrul akhiri tugas sebagai menteri, mungkin diberi jawatan lain

Utusan Sarawak 2 hours ago

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini menzahirkan penghargaan atas khidmat bakti Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang menerajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) sejak 3 Dis 2022. 

Perkara itu dikongsikan oleh Menteri Komunikasi Datuk Fahmi Fadzil yang memaklumkan bahawa mesyuarat Kabinet hari ini ini merupakan penyertaan terakhir Tengku Zafrul.

“Hari ini, Jemaah Menteri merakamkan ucapan terima kasih kepada Tengku Zafrul kerana ini adalah mesyuarat Jemaah Menteri terakhir yang disertainya.

“Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih atas khidmat bakti beliau termasuk kejayaannya dari segi pelaburan, perundingan dan perdagangan untuk negara,” katanya pada sidang media mingguan di sini hari ini.

Tengku Zafrul akan menamatkan tugas sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri seiring tamatnya pelantikan beliau sebagai anggota Dewan Negara.

Tengku Zafrul, yang menyandang jawatan Senator selama dua penggal sejak 2020, iaitu tempoh maksimum dibenarkan, akan menamatkan tempoh enam tahun di Dewan Negara pada 2 Dis ini.

Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan MADANI berkata Perdana Menteri turut memberi bayangan bahawa Tengku Zafrul akan terus menyumbang kepada kerajaan walaupun tidak lagi berada dalam Kabinet.

“Perdana Menteri berkata sudah pasti Tengku Zafrul yang akan tamat tempoh sebagai Senator bagi penggal kedua pada awal minggu depan masih akan membantu beliau dan kerajaan, mungkin dalam bentuk atau kedudukan atau jawatan yang berbeza di masa depan,” katanya.

Fahmi berkata Anwar bagaimanapun tidak menyatakan bentuk peranan atau jawatan yang akan disandang Tengku Zafrul selepas ini.

“Kita tunggu apabila tiba masanya,” katanya.

— BERNAMA

Continue Reading

Previous: Tiada majoriti, PRN Sabah bakal ‘lahirkan’ kerajaan campuran – Penganalisis
Next: SPRM tahan Shamsul Iskandar, Albert Tei dan Sofia Rini bantu siasataan dakwaan rasuah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.