Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • UMUM
  • Tengku Permaisuri Selangor berangkat balik ke Kuala Lumpur
  • UMUM

Tengku Permaisuri Selangor berangkat balik ke Kuala Lumpur

Utusan Sarawak 5 months ago

Foto JaPen Sarawak

KUCHING: Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berangkat  pulang ke Kuala Lumpur setelah mengakhiri lawatan tiga hari bermula Selasa lalu, di sini.

Keberangkatan tiba Tengku Permaisuri di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 11.45 pagi tadi disambut oleh isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi.

Semasa keberangkatan lawatan di Kuching, baginda berkenan hadir ke Majlis Perasmian Borneocraft Expo and Global Conference 2024 (BCG2024) selain mencemar duli ke Pusat Hidupan Liar Semenggoh.

Tengku Permaisuri turut berkenan mencemar duli ke Pusat Vokasional Industri (PVI) Songket Sarapride di Penjara Puncak Borneo dan lawatan ke salah sebuah kedai kek lapis tempatan di sini sebelum menghadiri Majlis Santapan BCG2024 malam tadi.

Turut mengiringi keberangkatan balik Tengku Permaisuri di LTAK ialah isteri kepada Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Puan Sri Datin Amar Fatimah Mohd Iskandar; isteri kepada Timbalan Menteri Pelancongan Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datin Melinda Claudia Bucking; isteri kepada Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datin Siti Shorgayah Ahmad Zaidin dan tetamu kenamaan lain. – JaPen Sarawak.

Continue Reading

Previous: Banjir: Tiga pekerja kelaparan, kesejukan 3 hari terperangkap di ladang sawit
Next: Banjir: Penduduk redah hutan cari tempat selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.