Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • Tengku Hassanal mulakan pendakian Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo
  • NASIONAL

Tengku Hassanal mulakan pendakian Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo

Utusan Sarawak 4 hours ago
TENGKU Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo hari ini. Pendakian bermula pada pukul 8.05 pagi dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sabah Datuk Ustaz Bungsu @ Aziz Jaafar di Pondok Timpohon. Baginda mengetuai rombongan pendakian yang disertai seramai 56 orang terdiri daripada pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM). Foto BERNAMA

KUNDASANG: Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo hari ini.

Pendakian pada 8.05 pagi itu dimulakan dengan bacaan doa selamat oleh Mufti Negeri Sabah Datuk Bungsu Aziz Jaafar diikuti taklimat pendakian oleh Ketua Stesen Substesen Panalaban Julaimin Kamin di Pondok Timpohon.

TENGKU Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo hari ini. Foto BERNAMA

Baginda mengetuai rombongan pendakian yang disertai 56 peserta terdiri daripada pegawai dan anggota Pasukan Khas Tentera Udara Diraja Malaysia (PASKAU) serta pengiring rapat Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ekspedisi Mahkota Borneo itu turut mencerminkan semangat kepimpinan, ketahanan fizikal dan disiplin tinggi yang sentiasa diterapkan oleh baginda dalam kalangan generasi muda serta pasukan keselamatan negara.

Gunung Kinabalu adalah gunung tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara dengan ketinggian 4,095.2 meter dari aras laut. Pendakian dijadualkan selama dua hari satu malam dan pendaki perlu bermalam di Panalaban sebelum menawan puncak gunung berkenaan.

TENGKU Mahkota Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memulakan pendakian ke Gunung Kinabalu sempena Ekspedisi Mahkota Borneo hari ini. Foto BERNAMA

Terletak dalam Taman Kinabalu seluas 754 kilometer persegi, Gunung Kinabalu ialah Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) pertama negara yang diwartakan pada 1964 yang berfungsi sebagai kawasan konservasi biodiversiti.

Kini, Taman Kinabalu mendapat pengiktirafan sebagai kawasan teras dalam Geopark Global UNESCO Kinabalu (KUGGp) melibatkan kawasan seluas 4,750 kilometer persegi, meliputi daerah Kota Belud, Kota Marudu dan sebahagian Ranau.

KUGGp menyerlahkan Gunung Kinabalu yang menjadi identiti negeri Sabah dengan menghubungkan nilai geologi, biologi dan budaya yang membentuk nilai jati diri komuniti setempat.- Bernama

Continue Reading

Previous: Dana pembiayaan Bumiputera TEKUN Nasional ditingkatkan kepada RM1 bilion – Sim
Next: CAAM sahkan insiden libatkan DA-40 di Langkawi, penumpang selamat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.